Wednesday, January 25, 2017

Roti Canai Lagiii....macam2 ada




Masih menggunakan resepi dr SINI tapi kali ni pelbagaikan versi utk anak2..ada yg ala2 nutella pancake, ada yg letak susu n cheese n utk umi opkos la roti sardine n utk papa roti telur..








RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
Bhn2:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak


Cara-cara

  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
  • Tinggalkan selama 2 jam.
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.




Yg ni versi filling pisang,kat luar tu adik nak sapu nutella ngn susu pekat manis...ikut je la




 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment