Tuesday, March 24, 2015
Kek Puding Gula Hangus...
Assalamualaikum wbt...lama betul rasanya tak buat kek puding caramel ni utk family...tetiba hari tu mood rajin datang sekejap, tu yang menjadi ni...hihihi
Kali ni Liza gunakan resepi dr dapur K.Nor, terima kasih bnyk2 ye kak atas perkongsian resepi ni...resepi ni jugak lah Liza buat utk bisnes..mohon halal ye Liza share kat sini pulak.
RESEPI KEK PUDING KARAMEL
Bhn2:
(A) utk buat gula hangus/karamel
2 sudu besar gula
Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan.
(B) ~ kastard (mekasih Sally)
4 biji kuning telur + 1 biji telur ~ k.nor guna 3 kuning telur + 1 biji telur (whole egg)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat (lebih kurang 150gm)
1 sb tepung kastard
75 ml air
1 sk vanila
Cara:
Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
Kacau dengan perlahan2 (jgn sampai berbuih)
(C) merinque
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tartar (boleh gantikan dgn jus lemon/limau nipis/kasturi)
pukul sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan
(kalu kita terbalikkan bekas,adunan xtak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.)
(D) lapisan kek
140g tepung gandum
1sudu teh baking powder
70g gula kastor ~ k.nor guna 60gm aje
3 biji telor kuning
135ml air biasa
45ml minyak masak
Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih.
Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda.
Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu.
Pukul lagi dgn perlahan2an.
Masukkan bahan B kedalam A. (k.nor tapis direct adunan kastard ke dalam loyang)
Campurkan adunan C & D,gaul dgn senduk/spatula hingg sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
(cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
Masukkan dalam loyang karamel.
Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2.
Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) k.nor guna suhu 160C, bakar selama 40 min dan turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 30 min.
Liza CnP dr blog K.Nor supaya takde tips yg tertinggal ye...sori K.Nor...hihii
sedikit tip tambahan :1. setelah kek masak, k.nor biarkan ia dlm oven lebih kurang 20 min. biarkan pintu oven terbuka sedikit (boleh sendal dgn oven mitt atau senduk kayu. (ni utk mengelakkan kek kena kejutan suhu dan ia jadi mengecut/shrink) ~ tip dr Malina PG.
2. kemudian, k.nor biarkan kek betul2 sejuk (di luar oven) barulah diterbalikkan/dikeluarkan dr loyang (ni utk mengelakkan kastard pecah/crack kerana kastard masih dlm keadaan lembut semasa ianya panas) ~ tip dr Sally.
errmm.. sedapnyerr,nti nk buat jugaklah
ReplyDeletememag sedap ni aini, ramai suka kek ni..nnt try la buat ye..
ReplyDelete