Tuesday, March 24, 2015

Daging Masak Jintan....


Sesekali tukar selera pulak kan..memang buntu bila piker nak masak ape hari ni, nal masak apa besok, fuhhh kadang tu rasa sakit kepala..last2 dok ulang lauk yg sama kan..hihii
Macam daging ni pun memang dah kehabisan idea nak masak, asyik2 kari, kurma, masak merah..dok ulang yg tu je la..sekali jalan kat umah Kak D5, bila tgk bhn2 semua dah ada kat umah, so on je la...lauk ni bagi Liza mmg sedap sgt, dah tak yah nak berkuah bagai dah, cukup segala rasa...ni selera masing2 la kan..





RESEPI DAGING MASAK JINTAN

Bhn2:

500g daging (di hiris nipis)
2 inci halia (dipotong panjang2 cam batang mancis)
1 biji bawang kuning (di potong memanjang)
1 batang serai (di titik)
10 biji cili api ( buang tangkai titikkan sebiji 2 mengikut kepedasan masing2)
2 ulas bawang putih ( di cincang halus)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit - skip
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air
minyak tuk menumis
Daun sup - Liza tambah





- pnaskan minyak, tumis halia,bwg besar,bwng putih, serai, cili api hingga naik bau..
- Kemudian masukkan daging, jintan putih n jintan manis dan masak hingga daging agak garing.
- masuk air, sos tiram,gula,garam dan kicap..masak hingga daging empuk dan kuah kering..
- akhir sekali masukkan lada hitam dan daun sup,kacau sebati..
- tutup api,sedia utk di mamam..
- senang kan

No comments:

Post a Comment