Assalamualaikum wbt dan salam bersua buat semua...mesti ramai yg bercuti kan, mgkn balik kampung atau bercuti bersama keluarga tersayang kan...Liza pun sempat jugak la ke Melaka weekend ari tu, habiskan masa dgn family sambil santai2 besarkan perut, hubby cakap....hihii
Berbalik pada kek ni kan, sebenarnya dah lama Liza buat, saje nk merasa kemewahan kek ni, alhamdulillah mmg sedap...walaupun kek yg Liza buat ni taklah secantik pro tapi sekurang2nya ni hasil air tangan Liza sendiri, takde nk copy gambar kek org lain kan...
Resepi kek ni dan cara nak buat Liza tgk kat dapur Kak Ita yg kreatif tu...suka tgk kek2 kat dapur Kak Ita, cantikkk...thnx pada Kak Ita yg tunjukkan step by step utk buat kek ni..Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye...
RESEPI RUSSIAN BLACK N WHITE CHOC CAKE
Bhn2:
Kek Coklat Lembab
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Bahan D
250 ml air panas
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Krim Keju Moca
Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air
Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing
Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu
Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan
Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
Chocolate Ganache
Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek
Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka
Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
Sirap Nescafe
1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
Satukan semua bahan dan kacau rata
Kaedah Penyediaan
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar
Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula
Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
* Untuk tgk step by step kek ni dibuat, bolehlah g dapur Kak Ita ye, kat situ macam2 ada...hihihi*