Friday, March 7, 2014

Chocolate Chips Fudge Cupcake...


Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat utk semua yg Liza sayangi...semoga hari ini memberi seribu keberkatan utk kita semua...Aamiin

Kali ni Liza buat lagi muffin dr dapur Mamasya, anak2 mmg suka muffin coklat cmni, tambah pulak dgn chocolate chips yg banyak..dan yg paling pnting nak buat pun senang...jom kita tgk resepi ye..




RESEPI CHOCOLATE CHIPS FUDGE CUPCAKE

Bhn2:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak masak- guna minyak jagung
1 cawan susu segar or susu cair
1 sudu kecil essen vanilla
1/2 cawan choc chip
1 biji telur- pukul sedikit

Cara-cara
Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
Kukus/bakar selama 20-25 minit - mama guna suhu 170'c (Liza pun bakar guna suhu 170C





2 comments:

  1. sedapp...nasib baik baru hbis 1slice puding karamel nih...klu x, meleleh air liur...

    ReplyDelete
  2. Sis, suhu tu bergantung kpd oven ke mcm mana? Biasa sy bakar cupcakes 180 degree 30 minit

    ReplyDelete