Tuesday, May 21, 2013

Cream Puff with Cream Custard...



Assalamualaikukm wbt dan ape khabar semua?? semoga kengkawan semua sihat walafiat di samping tugas2 harian yg tak pernah habis...selagi tak tutup mata, keje, keje...hihihi

Hari tu Liza buat lg cream puff ni tp kali ni Liza gunakan inti kastad pulak...pastry choux ni masih menggunakan resepi dr Yani dan Liza doublekan adunan ye..thnx  Yani..


 

RESEPI CREAM PUFF

Bhn2: ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • Cara-cara

    1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.                
                             
    2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.                
                             
    3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.                
                             
    4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.                
                             
    5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat                
                             
    6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.                
                             
    7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang ..             
                             
    8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.                
                             
    9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.                
                             
    10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

    *Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. *



    Untuk krim kastad pulak Liza gunakan resepi dr Honey, terima kasih bebanyak utk keduanya sebab merealisasikan hajat Liza utk buat cream puff ni...

    RESEPI CREAM CUSTARD

    Bhn2:
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • Cara-cara

    1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
    2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
    3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
    4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
    5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.






    Sunday, May 19, 2013

    Pes Tomyam Homemade....



    Sebenarnya Liza mmg jarang beli pes tomyam yg ready made, tak tau la kenapa..pastu hari tu g kedai saje2 dok belek kat belakang botol pes tomyam tu sbb nak tgk bhn2 yg diaorg guna...lepas tu sambil dok ingat2, balik terus cuba buat, dan alhamdulillah rasa seperti yg dikehendaki...

    Tak mo citer panjang, jom kita tgk apa bhn2 dia ye tp Liza main agak2 je sukatan dia..kalau nk tgk kat belakang botol tomyam tu pun boleh jugak...hihihi

    RESEPI PES TOMYAM HOMEMADE

    Bhn2:

    2 labu bwg besar *
    5 ulas bwg pth *
    5s/b cili mesin
    1s/b udang kering *
    Air asam jawa secukupnya
    Pes udang / otak otak
    Minyak
    Gula, garam secukupnya

    - blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
    - panaskan minyak dan tumis semua bhn, masukkan garam, gula dan masak hingga pekat.
    - angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas..


    Muffin Pisang Berkismis...


    Assalamualaikum wbt dan salam dihujung minggu...sebenarnya Liza mmg suka apa2 saja makanan yg berasaskan pisang ni...mmg sedap sangat rasanya...dan dgn tidak jemu2, Liza akan buat kek ke muffin ke atau apa saja yg gunakan pisang...

    Kali ni Liza olah sikit muffin pisang yg Liza pernah buat kat SINI..Liza tak bahgikan adunan tu pada 2, cuma Liza tambahkan kismis kat dlm dan tabor choc rice kat atas tu..




    Liza buat 2 versi, satu dlm bekas muffin dan satu lg dlm loyang tu...jom kita tgk resepi ye..

    RESEPI MUFFIN PISANG BERKISMIS

    Bhn2:

    BAHAN A :
    2 cawan pisang lemak manis *lecek*
    3 biji telur
    1 cawan minyak jagung
    3 sudu besar susu pekat manis
    1/2 cawan gula perang *brown sugar

    BAHAN B :
    2 cawan tepung kek 
    1 sudu teh baking powder 
    1/2 sudu teh baking soda 
    1 sudu teh garam halus
    *ayak bersama*

    BAHAN C :
     
     2 sudu besar serbuk koko *van hauten - Liza skip
    1/2 cawan chocolate rice
    1/2 cawan kismis




    CARA :
     
    1. Campurkan *BAHAN A*
    2. Dan putarkan sehingga sebati atau gula larut.
    3. Campurkan *BAHAN B* & *BAHAN A*sehingga sebati.
    4. Bahagikan kepada dua bahagian...-Liza skip
    5. Dan campurkan satu adunan bersama *BAHAN C* gaul sebati.- Liza skip
    6. Setelah itu masukkan adunan secara berselang-seli di dalam cup cakes. Lakukan sehingga selesai.
    7. Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 10 minit dan bakar adunan selama 10-15 minit.
    8. Angkat dan sejukkan
    Cara Liza:

    Lepas langkah ke3 tu, Liza campurkan kismis dan gaul, pastu masukkan adunan ke dlm bekas dan tabur choc rice, pastu bakar 10-15 minit dgn suhu 170C..

    Wednesday, May 15, 2013

    Solok Lada Bonda...



    Sebenarnya solok lada ni kan Liza akan buat bila ada lada solok yg hijau ni je, sbb bg Liza kalau guna lada hijau yg biasa tu, rasa dia dah tak kick bg Liza...so, bila balik kpg, ni lah benda pertama yg Liza akan beli utk bawak balik..lada solok ni pulak ada 2 jenis, satu jenis yg tak pedas dan satu lg jenis yg pedas...jd pilihlah mana2 yg berkenan ye...

    Nak buat solok lada ni tak susah pun, tp bab nk buang biji cili tu yg Liza tak berapa suka...hihihi, tapi kalau mkn sukaaaa jeee..

    Jom la tgk resepi dr arwah ma ni, mgkn lebih kurang sama dgn org lain kan...

    RESEPI SOLOK LADA BONDA

    Bhn2:

    10 biji lada solok / hijau - belah dr bhgn tangkai hingga hujung, jgn putus, buang biji dan rendam sekejap
    4 ekor ikan sardine/ kembung - bersihkan dan ambil isinya
    1 1/2 cawan kelapa putih - tumbuk sedikit
    3 ulas bawang merah
    1/2 inci halia
    Garam, gula
    1 cawan santan pekat

    - tumbuk lumat isi ikan bersama halia dan bwg merah..
    - masukkan garam dan gula secukup rasa.
    - dalm satu bekas, bubuh kelapa putih dan bhn2 tumbuk td, gaul dan ramas2 sikit utk bg sebati antara kelapa dgn bhn td..
    - sumbatkan kedlm lada solok td hingga padat dan susun dlm periuk.
    - masukkan santan pekat ke dlm periuk dan masak solok dgn api sederhana hingga kering santan..

    * lupa nak bagitau, tangkai lada jgn buang ye, buang biji sahaja*..

    Mihun Goreng Lada Hitam Dgn Telur Hancur...


    Assalamualaikum wbt dan Salam 5 Rejab 1434H buat semua...kadang2 pening jugak bila fikirkan apa yg nak masak utk breakfast..bila tanya anak2, diaorg akan jawab, 'suka hati umi lah'..pastu umi dia pun jawab,' kalau mcm tu baik tak yah tanya'..hiihi

    Sebenarnya kalau masak apa2 pun kan, Liza suka main campak2 je bhn2 yg ada kat umah..ala2 main masak2 gitu...pada yg baru nak berjinak2 dgn dapur tu kan, jangan takut utk bereksperimen sbb kita yg nak mkn, kan...insyaallah menjadi..

    Kali ni Liza grg mihun lada hitam, tetiba rasa nk mkn yg pedas2 gitu..lauk2 pun Liza guna apa yg ada dlm fridge je..jom kita tgk resepi ye...




    RESEPI MIHUN GORENG LADA HITAM

    Bhn2:

    1 paket mihun - direndam
    1/2 inci halia - tumbuk
    2 ulas bwg merah  - tumbuk
    5 ulas bwg putih - tumbuk
    11/2 s/t lada hitam - tumbuk
    Udang, fishcake
    1 ikat sawi - potong kecil
    Sedikit kobis - potong kecil
    2 biji lada merah - hiris
    Sedikit sos tiram
    Garam, perasa
    Minyak

    - panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk hingga Wangi.
    - masukkan udang dan fishcake serta btg sawi, gaul sebati.
    - masukkan sos tiram, garam dan perasa dan biar btg sawi lembut, masukkan kobis dan lada merah.
    - gaul sebati dan masukkan mihun dan sdkt air.
    - bila bihun dah lembut, tutup api dan angkat...
    - masa nak hiding tabor lah telur hancur @ telur mata...

    Tuesday, May 14, 2013

    Kek Pisang Lembap...


    Dah banyak kali buat kek ni, tp tu masa zaman tak jd blogger lg la...suka sgt dgn resepi kek pisang ni...ambik dr dapur CMG, terima kasih ye Cik Mat sbb kek pisang ni mmg dah jadi peberet family Liza...

    Liza mohon share resepi kat sini ye...thnx sekali lg..

    RESEPI KEK PISANG LEMBAP

    Bhn2:

    250 g tepung gandum*
    1 camca teh soda bicarbonate*
    1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
    15 g ovallate
    150 g gula halus
    5 biji telur gred A
    125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
    100 g minyak jagung
    225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
    2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
    3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
    4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

    Nasi Daging...


    Assalamualaikum wbt...hari ni saje nk tayang nasi daging yg dah berkurun Liza buat...saje nk try sbb dulu masa kecik2 pernah makan nasi daging ni masa g kenduri kawin kat Sg Petani...rasa nasi tu teringat2 sampai ke hari ni...fuhhh, hebat betul penangan nasi dgg ni kan, nak2 pulak org yg jakun cm Liza ni...hihihii



    So, hari tu sibuk la dok cari resepi nasi dgg kat dapur kawan2, mmg banyak versi nasi dgg ni, kali ni Liza try nasi dgg dr dapur Dayang..thnx ye Dayang..

    Moh kita tgk resepi ye..


    RESEPI NASI DAGING

    Bhn2: ( 4 org makan)

    3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
    250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
    2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
    2 helai daun pandan
    80 ml susu cair
    1 sudu makan puri tomato
    2 helai daun limau purut
    garam secukupnya
    1 sudu kecil gula
    1 sudu besar minyak sapi

    Bahan B :

    5 biji bawang merah (dikisar)
    3 ulas bawang putih (dikisar)
    1/2 inci halia (dikisar)
    1 sudu kecil jintan manis
    rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
    1 batang serai (diketuk)
     
    Cara-cara :
    Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
    Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
    Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
    Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
    Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
    Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
    Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 
      


    Bahan Air Asam

    Bahan2 :
    2 biji bawang merah (dihiris)
    1/2 labu bawang besar (dihiris)
    1 biji tomato (dihiris dadu)
    8-10 biji cili padi (dihiris)
    2 biji cili merah (dihiris)
    1 cawan air asam jawa (-/+)
    sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
    sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
    Cara-cara : satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.

     
     
     

       

    Sunday, May 12, 2013

    Kek Coklat Moist ...Selamat Hari Ibu



    Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Ibu utk semua yg bergelar ibu, tak kira lah umi ke, mama, bonda, mummy, ma atau apa sahaja panggilan utk insan tersayang...sesungguhnya pengorbanan ibu mmg tiada bandingannya...pada sesiapa yg masih ada ibu, pastinya sgt gembira kan, tp bg mereka yg dah kehilangan ibu mcm Liza ni, hanya Allah shj yg tau perasaan kami...semoga insan yg kami sayangi ditempatkan di syurga Allah..Aamiin

    Ok lah tak mau terus bersedih, moh kita layan kek yg angah buat, dia cakap nk try buat kek yg senang2 utk hari ibu, so, Liza suggest kan kek coklat moist dr Hana ni la sbb hari tu dh buat, mmg sedap..
    So, kali ni, angah buat pulak, umi dia cuma pantau je..



    Thnx pada Cikgu Hana, kek ni mmg best...akk minta izin share resepi kat sini pulak ye..

    RESEPI KEK COKLAT MOIST HANA

    Bhn2:
    5 biji telur gred A - 3 biji gred B
    2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
    1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
    2 cawan gula halus - 1 cwn
    1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
    2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
    1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
    1 1/2 baking powder - 1sk
    1 sk soda bikarbonat - 1sk
    1 sk esen vanila - 1sk
    1 sk garam - secubit

    Bahan Topping @ Ganache Coklat
     
    100ml whipping cream/fresh cream
    250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
    1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
    1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)


    Cara-cara
     
    Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
    Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
    Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
    Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
    Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
    Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.


    Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar, hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.
    # Yg ni kena tgk gambar kek kat link Hana ye..Liza tak buat..#

    Friday, May 10, 2013

    Apam Salju / Apam Nasi...




    Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...hari ni adalah hari terakhir dlm bulan Jamadilakhir 1434H, bermakna besok bermulalah bulan Rejab iaitu bulan Allah...semoga kita semua terus diberi kekuatan utk terus beribadat dan melakukan perkara2 yg diredhai olehNya....Aaminn

    Ok lah berbalik pada apam salju ni pulak, sebenarnya mmg dah lama tak buat, tetiba je teringin nk mkn..kali ni Liza buat dgn kaler yg terang2 sikit, saje nak tukar selera...hihhihii

    Kalau nk tgk apam yg lepas2 boleh klik kat SINI atau SINI...Liza letak lg resepi kat sini ye..


    RESEPI APAM NASI/ APAM SALJU

    Bhn2:

    2 cwn nasi sejuk
    2 cwn tpg gndum
    2 cwn tpg beras
    1 cwn gula perang
    3/4 cwn gula pasir
    2 1/2cwn air
    2 cm/teh yis segera
    kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

    - kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
    - masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
    - dlm satu bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
    - tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
    - tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
    - panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
    - sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.


    # Sebenarnya Liza tak pasti empunya resepi ni ye, andaikata empunya resepi ni singgah kat dapur Liza ni, Liza mintak dihalalkan segala perkongsian ni, terima kasih #..

    Thursday, May 9, 2013

    Orange Muffin With Chocolate Rice....



    RESEPI ORANGE MUFFIN


    Bhn2:

    2 cawan tepung
    2 sudu teh baking powder
    1/4 sudu teh soda bikarbonat
    1 sudu teh garam
    1/2 cawan gula halus
    1 sudu besar parutan kulit oren
    1/2 cawan butter (dicairkan)
    2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren
    1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah
    2 biji telur
    1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak - Liza pun
    1/2 cawan chocolate rice - Liza tambah

    topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip -Liza pun xletak
    1 sudu besar butter cair
    1/4 cawan gula perang
    1/2 sudu teh ground cinnamon

    Caranya:
     
    Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
    Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
    Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
    Masukkan ke dalam muffin try.
    Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
    Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.




    Resepi ni Liza ambik kat dapur ratu muffin kita, sape lagi kalau bukan Izah tu...bnyak resepi2 muffin yg best kat situ...thnx ye Izah, akk mohon share kat sini pulak ye..





    Wednesday, May 8, 2013

    Sandwic Fillet Ayam Panggang Nandos....yummy



    Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan...dah bekpes ke? kalau belum, apa kata join Liza makan sandwich ni, nak?


     
    Kali ni Liza cuma perap isi ayam je..simple sgt..
     
     
    RESEPI FILLET AYAM PANGGANG NANDOS
     
    Bhn2:
     
    3 keping dada ayam
    3 ulas bawang putih *
    2 ulas bawang merah *
    1s/k lada hitam *
    1/2 s/k mix herbs
    2 s/b sos nandos
    1 s/b madu
    Sdkt garam
     
    - perap semua bhn dgn isi ayam smlmn.
    - panggang ayam 180C selama 30 minit atau hingga masak..( kalau nak bakar atas dapur gas pun blh jugak)
     
    Bhn2 utk buat sandwich:
     
    Roti hotdog - belah 2
    Fillet ayam panggang
    Daun salad
    Tomato
    Timun
    Sos BBQ atau sebarang sos kegemaran
    Mayonis
     
    - sapu mayonis pada bahagian roti di bawah, latak sayuran yg dihiris halus..
    - susun fillet ayam yg telah dihiris, dan tuangkan sos BBQ atau sos kegemaran..
    - tutup roti dgn sekeping roti lg..
    - sedia dimakan, yummyyy
     
     
                        Jom kita bekpes ala2 Western pulak....
     
     
     
    

    Tiramisu Swissroll....



    Angah mmg suka mkn kek tiramisu ni, so ari tu Liza beli swissroll coffee kat JJ...senang keje kan..hihii

    Buat ni tak susah pun, potong nipis swissroll, atur dlm loyang springfoam tu, pastu letak adunan cheese kat atas, masukkan dlm fridge 4 jam sebelum potong, senang kan...ihhihi

    RESEPI SWISSROLL TIRAMISU

    Bhn2:

    2 gulung swissroll coffee - nk guna perisa apa2 pun blh je..
    250gm cream cheese
    200gm whipping cream
    90gm gula kastor
    50ml air
    10gm gelatin *
    100gm air *
    # masukkan gelatin dlm air dan larutkan secara double boiler.


    - potong nipis swissroll dan susun dlm loyang springfoam 8 inci, susun rapat2 ye, susun jugak bhgn tepi loyang..
    - pukul whipping cream hingga kental dan simpan dlm peti sejuk.
    - dlm mangkuk lain, pukul cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
    - tuang gelatin ke dlm adunan cheese dan pukul hingga sebati.
    - masukkan pula whipping krim yg telah dipukul td dan gaul sebati dgn spatula..
    - tuangkan adunan ke atas lapisan kek.
    - ratakan dan simpan dlm peti sejuk hingga kek keras, lebih kurang 3-4 jam..
    - hiaskan ikut suka masing2..

    


    Puding Roti Sunquick Pelangi...



    Buat lg puding roti ni sbb sedap dan yang paling penting senang nak buat...hihii



    Jom la kita terus tgk resepi sekali lg ye...thnx Mai..

    RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK PELANGI

    Bhn2:
    • 1 paket agar-agar
    • 2 biji telur
    • 1 tin susu cair
    • 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
    • 3 keping roti
    • 3 sudu gula (ikut selera individu)
    • 2 sudu besar sunquick
    • Pewarna hijau
    • Pewarna merah
    • Pewarna oren,biru
    • Sedikit esen vanila
    Cara-cara

    1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
    2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
    3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
    4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
    5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
    6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
    7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
    8. Sejukkan.

    Ayam Panggang Yogurt Berempah...



    Hari tu try buat ayam panggang guna yogurt pulak, jumpa dlm buku resepi lama2...yg lainnya ttg ayam panggang ni sbb resepi ni guna daun sup..jom kita tgk resepi..

    RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT BEREMPAH

    Bhn:

    1 ekor ayam - bersihkan dan potong( taknak potong pun tak pe)
    1/2 s/b serbuk ketumbar
    1/2 s/k serbuk jintan - jintan manis + jintan putih
    1/2 s/b serbuk kari
    1/2 s/b cili mesin
    1 labu bwg besar
    3 ulas bawang putih
    2 s/b yogurt
    1 tangkai daun sup
    Garam, gula



    - kisar semua bhn dan perap dgn ayam 3 jam atau semalaman.
    - bakar ayam 180C selama 45 minit atau sehingga masak..



    Baked Potato / Kentang Bakar....



    Assalamualaikum wbt, alhamdulillah dgn izinNya dpt lg kita bersua di alam maya ni...sebenarnya dah lama sgt dah buat baked potato ni, bak kata org dah jd baja dah pun...hihihhii

    Ni semua gara2 dok tgk rancangan Barefoot Contessa tu..mula2 ingatkn susah sgt nak buat baked potato ni, rupanya sambil tido pun boleh buat...hihii


    Mula2 kita cuci bersih kentang, tak yah kopek kulit ye..lepas tu kita rebus dgn sdkt garam dan air hingga setengah masak..pastu angkat kentang, balut dgn aluminium foil dan bake selama lebih kurang 15 minit..

    Kalau nak tau kentang tu dh betul2 empuk @ tidak, ambil pisau muncung tajam dan cucuk kat kentang tu, kalau dah lembut, maknanya mmg dh masak la...

    Keluarkan kentang dan belah 4, pasti picitkan mayonis @ sos kegemaran, kalau ada daun pasli, cincang dan tabor kt atas tu...tp Liza takde ye...

    Dah sedia utk makan, senang kan...

    Thursday, May 2, 2013

    Kuih Butir Nako / Biji Nangka...ye ke?



    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...ni la kuih yg hubby request ari tu, mmg dah lama sgt tak buat kuih ni sebenarnya...ye la kan, pjg sgt list resepi yg nk try...kena la habiskan satu persatu kan...

    Kuih ni rasanya dkt Kelantan je ada kan, sbb mmg Liza tak pernah pulak jumpa kuih ni kat area2 KL..dan biasanya bulan pose mmg laku la kuih ni..

    Kenapa dipanggil kuih butir nako mgkn jugak sbb kuih tu kita gentelkan jd  macam biji nangka kot, kan...

    Jom kita tgk resepi kuih butir nako turun temurun dr arwah ma..senang je..


    RESEPI KUIH BUTIR NAKO

    Bhn2:
    Bhn kuih:

    2 cawan tepung beras pulut
    air pandan secukupnya - 4 helai daun pandan + air (kisar + tapis airnya)          
    sedikit kapur makan
    secubit garam dan pewarna hijau

    - sebelum menguli doh tu, panaskan air dlm periuk.
    - masukkan semua bhn ke dlm bekas dan uli hingga tpg dah tak melekat kat tgn  ( masa masukkan air pandan tu, masuk sikit2 ye)
    - ambil sedikit doh, bntukkn bulat dan gentel biar lonjong sikit, terus masukkan doh ke dlm air yg tgh mendidih td..
    - buatlah hingga habis adunan tepung tu.
    - bila kuih tu dah timbul, maknanya kuih tu dah masak.
    - angkat dan masukkan ke dlm air sejuk..
     
    Bhn2 kuah:
     
    Santan pekat secukupnya
    Sehiris nipis halia
    1 s/t halba
    Gula secukup rasa
    Secubit garam
     
    - masukkan semua bhn kedlm periuk dan masak dgn api sederhana hingga didih.
    - kena sentiasa kacau  utk mengelakkan santan tu dr berketul..
    - masukkan butir nako td, gaul sebati.
    - tutup api dan sedia dihidang...
     
     
     

    Wednesday, May 1, 2013

    Nasi Tomato CMG...




    Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Pekerja kepada semua...sempena cuti hari ni Liza buatkan nasi tomato yg mmg Liza tak pernah buat selama ni, kebetulan pulak adik mmg dah request nk lauk kurma aym, so, Liza gandingkanlah bersama nasi ni...

    Cari punya cari resepi, terjumpalah resepi nasi yg menggunakan bhn2 yg simple kat dapur CMG, terima kasih bebanyak ye Cik Mat sbb memudahkan keje Liza..hihihii


    Liza mintak izin utk share resepi ni kat dapur Liza pulak utk rujukan di masa hadapan...thnx sekali lg ye Cik Mat..

    RESEPI NASI TOMATO CMG

    Bhn2:

    4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
    5 cawan air
    1 cawan susu cair
    1 1/2 camca besar minyak sapi
    1 biji bawang besar, dadu kecil
    2 ulas bawang putih, cincang halus
    1 inci halia, diketuk
    2 helai daun pandan
    1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
    2 1/2 camca besar sos tomato
    1 kiub ayam "maggi"
    Garam secukup rasa
    Hirisan daun bawang untuk hiasan
    Kismis dan kacang peas untuk hiasan
    Bawang goreng untuk hiasan

    BAHAN TUMIS :-)
    1 kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    6 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu. Tambah sos tomato dan kacau rata.
    2. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
    3. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...


                              SELAMAT MENJAMU SELERA