Tuesday, May 21, 2013

Cream Puff with Cream Custard...



Assalamualaikukm wbt dan ape khabar semua?? semoga kengkawan semua sihat walafiat di samping tugas2 harian yg tak pernah habis...selagi tak tutup mata, keje, keje...hihihi

Hari tu Liza buat lg cream puff ni tp kali ni Liza gunakan inti kastad pulak...pastry choux ni masih menggunakan resepi dr Yani dan Liza doublekan adunan ye..thnx  Yani..


 

RESEPI CREAM PUFF

Bhn2: ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
  • Cara-cara

    1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.                
                             
    2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.                
                             
    3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.                
                             
    4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.                
                             
    5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat                
                             
    6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.                
                             
    7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang ..             
                             
    8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.                
                             
    9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.                
                             
    10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

    *Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. *



    Untuk krim kastad pulak Liza gunakan resepi dr Honey, terima kasih bebanyak utk keduanya sebab merealisasikan hajat Liza utk buat cream puff ni...

    RESEPI CREAM CUSTARD

    Bhn2:
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • Cara-cara

    1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
    2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
    3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
    4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
    5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.






    5 comments:

    1. salam,

      Nur sebelum makan cream puff suka cium baunya..wangi

      ReplyDelete
    2. Salam Kak Liza,
      Menariknya cream puff kak liza ni...kalau umi makan mesti tak cukup seketul

      ReplyDelete
    3. Assalam
      kuih ni dah jd feberet ank2 sy jg
      sedapp
      cantik inti kastad kuning

      ReplyDelete
    4. yummyy.. ntah bila nk try buat..

      ReplyDelete
    5. Assallamualaikum liza..
      Best kan cream puff ni. Nadz pun ada buat tp resepi lain rasanya.. masih tunggu turn nak dipublish ke blog.. Semangat berblogging yg semakin lemau..hihihii.. Sebenarnya semangat ada tp kemalasan yg melanda..hahahaaa..

      ReplyDelete