Resepi nasi kerabu ni Liza ambik dr dapur Kak Yah, mmg sedap n menepati selera kitaorg..thnx ye Kak Yah, liza minta izin CnP resepi kat sini pulak ye..thnx sekali lg..
RESEPI NASI KERABU HITAM
Bhn2 nasi:
3 cawan beras
3 cawan air(kalau beras siam lebihkan air 1 cawan lagi)
Sehelai daun pandan
4 helai daun limau purut
6 kuntum bunga telang diblender dengan sedikit air ..kalau kurang terang warnanya bolehlah dimasukkan sedikit pewarna biru.
Bersihkan beras dan masukkan semua bahan tadi dan masaklah(tanaklah) nasi seperti kita menanak nasi. biasa.
Tumis untuk nasi kerabu - Liza xbuat
Bahan-bahan..
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
2 sudu besar cili boh
sedikit kunyit
2 keping asam keping
gula melaka(ikut rasa)
sedikit belacan
santan pekat (2 cawan)
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa
Cara-cara nya
1.Bawang merah, putih, halia diblender.
2.Tumiskan bahan blender tadi . Apabila naik bau masukkan cili kisar tadi,serbuk kunyit, serai yang telah dikatak dan asam keping tadi. Masakkan seketika kemudian masukkan belacan dan gula melaka dan kacau seketika.
3.Masukkan santan dan garam mengikut rasa...biarkan mendidih dan jika terlebih pekat masukkan sedikit air panas (tips...tumis kita akan nampak cantik dan berminyak jikalau dimasukkan sedikit air panas dalam masakan tadi). Biarkan mendidih sedikit lama sedikit. Biarkan nampak pekat dan berminyak
Sambal ikan
Bahan-bahannya
4 atau 5 ekor ikan selayang yang sederhana besarnya.
4 atau 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
1 sudu besar lada hitam
1 cawan kelapa(digoreng dengan api yang kecil sehingga bewarna keperangan)
4/5 keping asam keping
gula dan garam
cara-caranya
1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama asam keping dan garam Sejukkan
2. Buang tulangnya dan menggunakan tangan dihancurkan isi ikan tersebut dan selepas itu digoreng kering seketika(boleh juga semasa digoreng ini dimasukkan sedikit lada sulah)
3. Bawang merah, putih, halia dan serai(potong kecil2 dahulu) ditumbuk bersama lada hitam. Apabila lumat masukkan gula dan garam.Hancurkan.
4. Kelapa yang telah digoreng tadi ditumbuk(jika ianya agak kasar) kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan isi ikan yang digoreng kering tadi(simpan sedikit untuk dicampur semasa kita hendak makan nasi kerabu). Gaulkan semuanya.
5. Rasalah (kalau tidak cukup rasanya masukkan garam dan ajinomoto(jika mahu).
6. Bawang besar dihiris dan diramas-ramas sebelum dimasukkan dalam sambal ikan kita tadi.
Budu
Masak bersama sekeping asam keping, sedikit gula melaka.cili api yang ditumbuk sedikit,sedikit halia.seditkit serai dan sedikit bawang merah. Biar mendidih seketika.(kalau nak cantik semua bahan kecuali asam keping dan gula melaka diblender sebelum dimasak)
Sambal lada
Beberapa biji Cili api(burung) dan seulas bawang putih, 2 sudu besar cuka, sedikit air masak, gula dan garam. Semua bahan ditumbuk dan apabila sedikit hancur masukkan cuka dan air tadi.(air lada untuk nasi kerabu ni dia memang cair)
Ulam-ulaman(kerabu)
Kobis,kacang panjang, taugeh. bunga kantan, daun kesum, bawang besar, serai. Dihiris halus-halus semua bahan kecuali tauge
Lada hitam
2 sudu besar digoreng kering dan ditumbuk.- Liza xbuat
Ayam bakar - xbuat jugak
Daging ayam diperap bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai yang diblender. Masukkan sedikit garam, sedikit cuka dan asam jawa dan sedikit minyak dan 1 sudu kecil cili giling. . Biarkan seketika.
Bakar sehingga masak.
- Liza makan dgn ayam percik kelate...
Assalamualaikum Liza,
ReplyDeletelama kak Nur tk berkesempatan utk singgah kesini...alhamdulilah skrg dpt muncul kembali...hehe...dari jauh kak Nur terguder tergulik2 tengok nasi biru tu...alahai nampak sedap gitu...yum yum..nk sepinggan pasti dh habis nie!!