Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha dan Apam Dot Dot...


Salam Aidiladha buat semua pengunjung blog Intai Dapur...Insyaallah besok kita semua umat Islam akan menyambut hari raya korban atau hari raya haji atau hari raya Aidiladha....diharapkan korban kita akan mendapat keredhaan dariNya...Aminnn

Apam dot dot ni pulak request dr kakak utk jamuan kat sekolah semalam...tak nak buat, kesian..last2 buat jugak la...punyalah senyum sampai ke telinga bila bawa pergi sekolah pagi besoknya...hihihihi
nak buat cmner, dah namanya pun budak kan...



Apam yg kakak nak bawa pergi sekolah...suka pulak tgk kaler2 apam ni, letih pun hilang....hihihi
Liza pernah buat apam ni kat SINI...jom kita intai resepi yg sama ....hihihi


RESEPI APAM DOT DOT

Bhn2

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan-Liza pun kurangkan, letak 180gm jer
150gm susu segar -Liza letak susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) -Liza bbh inti kaya
Pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


NOTE dr Hana:


- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


4 comments:

  1. Selamat malam Liza
    comelnye apam dot2..suka sangat tengok..gebus lagi..hihi.

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak masak apam polka dot..tp nak kena beli bahan2 dulu..

    ReplyDelete
  3. salam aidil adha & salam kenal Liza,
    terima kasih sudi singgah dapur...jom sama-sama meriahkan dunia masakan tanahair kita...

    ReplyDelete
  4. wahhhh...liza rajinnyer buat apam dot2..comel2 la...selamat hari raya

    ReplyDelete