Friday, December 15, 2017
Brownies Cookies....
Assalamualaikum wbt ...dah lama sebenarnya save resepi ni, tp smlm baru terbuka hati nak buat brownies cookies ni...ye la kan, tu pun kakak yg buat,hihii
Kali ni Liza cuba resepi dr rakan IG Che Ta yg diambil dr rakan lain katanya...terima kasih both of you, kukis ni mmg sedap, lepas sekeping, sekeping masuk mulut tanpa sedar,hihii bahaya
Cuma yg membezakan resepi ni sbb dlm resepi ni mmg tak guna baking powder ye, kalau resepi lain mmg ada..mula2 cuak juga bila tertengok semua resepi lain ada penggunaan baking powder..tapi Alhamdulillah tetap menjadi dan sedapppp sangat
RESEPI BROWNIES COOKIES
Bhn2:
120gm dark choc coins
1 biji telur
100gm gula icing - Liza guna 80gm je
50gm tpg gandum
40gm marjerin / butter
1 s/t esen vanilla
Kekacang sangai - optional
- dalam satu mangkuk tahan panas, double boil coklat dan marjerin hingga cair, ketepikan
- ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula icing..pukul dgn whisk hingga gula larut
- tuang coklat yg telah dicairkan td , kacau rata
- tambah esen vanilla, tpg gandum dan kekacang, gaul sebati
- perap adunan 5 - 10 minit ( Liza restkan 10 minit)
- sementara itu panaskan oven 180C
- sudukan satu adunan ke atas loyang yg telah dialas baking paper, susun dan jarak2kan adunan
- bakar selama 10 - 20 minit atau mengikut oven masing2
- setelah masak, biarkan sejuk di dilam Loyang kerana ketika ini cookies masih lembut
- simpan cookies di dlm bekas kedap udara
* Liza buat 2 version,satu jenis chewy ( bakar 12 minit ) dan satu lg jenis crunchy ( bakar 15 minit )..
* kalau nak tau cookies tu dah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut2 mcm dlm gambar tu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam liza lama tak bw. Dah mati semangat semua x mcm dulu2 zmn kegemilangan geng mm, tq share resepi sekut ygbcantik ni...
Kalau pakai cooking chocolate aje boleh ke ?
Says share ye puan..
Adunan direhatkan di luar peti ais ye? Atau kena masuk peti ais?
Rest adunan masuk dlm peti ais
@ kt luar je
Rest adunan masuk dlm peti ais
@ kt luar je
Thak you share recipe
kenapa kita buat tak jadi!!!!!!!!!!!! sampai hati :(
Kalau ikut resipi ni, dpt byk mane eh cookies tu? Nk bajet byk mane bk buat haha
Tq sis..sy dah cuba..menjadi..sedap pulak tu..anak2 suka..buat semlm hari ni dah habis 😅😅😅
Kalau guna milk choc sedap x?
Kna masuk peti ais
Post a Comment