Thursday, October 31, 2013

Serimuka Durian Yang Best.....



Assalamualaikum wbt...hari tu dok belek2 buku resepi, jumpalah resepi kuih serimuka durian ni..fikir punya fikir, durian pun ada lagi dlm freezer tu, so why not try buat kuih ni pulak, kalau tak buat mmg sampai bila2 pun tak tau la rasa dia macamana kan...

Petang tu masa dok mkn kuih ni, semua puji cakap sedap..abg yg selama ni cerewet bab kuih2 manis ni pun siap cakap sedap ulang2 kali, kiranya kuih ni mmg sedap la kan...hihii

So, kat sini Liza nak berterima kasih sgt2 pada Kak Hanielieza sebab menghasilkan resepi kuih serimuka yg best ni...resepi ni Liza ambik dr buku Kuih Kukus Kak Hanielieza...terima kasih sekali lg..



RESEPI KUIH SERIMUKA DURIAN

Bhn2 A:

2 cawan beras pulut - basuh dan rendam 4-5 jam
2 cawan santan cair (dr 1/2 biji kelapa) - Liza guna 21/2 cawan
1/2 s/t garam

- panaskan kukusan
- masukkan semua bhn pulut ke dlm loyang dan kukus pulut hingga masak..
- sapu sedikit minyak pada loyang lain dan tekankan pulut yg sudah masak td..

Liza terus gunakan loyang yg disapu minyak dan dialas plastik diatasnya dan terus kukus pulut tu..bila pulut dah masak, cuma tekan2kan bg padat je dlm loyang yg sama..
Liza gunakan loyang 71/2" x 71/2 "...



Bhn2 B:

2 cawan santan pekat
1 cawan gula perang - Liza guna 2 keping nise
5 ulas durian - Liza guna 8 ulas
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 s/makan gula pasir ( sekiranya perlu)
1/2 s/t garam

- masukkan santan pekat, gula perang dan isi durian dalam pengisar dan kisarkan..
- masukkan bhn kisar ke dlm mangkuk..
- ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dlm mangkuk bhn2 kisar td.
- masukkan gula dan garam, kacau rata.. 
- panaskan bhn2 ini sekejap atas api sederhana hingga naik wap..
- tuangkan adunan ini atas lapisan pulut dan kukus lg selama 30 minit atau sehingga masak..
- sejukkan sebelum dipotong..

Disebabkan Liza lebihkan isi durian, jadi kuih tu sedikit lembik tapi masih  boleh dipotong...pada sesiapa yg suka sgt dgn durian, apa kata cubalah resepi ni, mmg berbaloi2..

2 comments:

Anonymous said...

Pergh mesti sedap sb ada durian alangkan serimuka biasa pun mmg sedap dah

Liza said...

mmg sedap tina, cubalah buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...