Monday, February 20, 2012

Bun Coklat Chips.....


Assalamualaikum dan salam sayang semua....alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan utk kita berjumpa lagi dialam maya ni...semoga semuanya sihat2 hendaknya yer...

Bun choc chips ni satu lagi resepi dr Ros Jintanmanis, pakar roti kita...tp kan kalau tgk roti Liza tolong jgn gelak yer...kaler roti tu jadi cmtu sbb Liza campurkan terus coklat chips masa menguli doh....sepatutnya letak masa proses perap tu....xpe la belajar dan terus belajar kan....


Liza letak filling nutella kat dalam tu...bila tgk roti ni kan, kakak (anak Liza no 3) cakap ni roti terbakar....uwaaaaaa....hihihii

RESEPI BUN COKLAT CHIPS

Bhn2:

420gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
30gram serbuk koko
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
190ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)
(bahan tambahan, sedikit kismis hitam dan coklat chip)- Liza guna coklat chips jer
Nutella - filling

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali coklat chip dan kismis hitam dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan coklat chip dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, masukkan pula coklat chip dan kismis hitam, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Nak toppingkan bun ni dengan coklat rice pun boleh, satu adunan ni dapat banyak juga.

11 comments:

rahel said...

Salam Liza,canteknya Rahel nampak bun coklat cips ni,gebu..sedapnya klu lagi santai sambil mkn bun coklat ditemani secangkit teh panas..adoiii..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

hI lIZA...LONGTIME NO STORY....ADA LAGI KE BUN TU..?

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..sedapnya petang2 ngadap roti, especially yang baru keluar oven..

ucubakery said...

ucu dth dgn dulang kosong ni ...nk angkut roti yang kakak kata .."roti terbakar" tu...
cicah dgn milo panas ..mau kenyang sampai pukul 8.00 mlm ni...hik3...

Anna Qawina said...

roti terbakar? hehehe..sedapnya ada inti

tun_telani said...

salam liza.. sedapnyer roti ada nutella filling lagi! kalau kt rumah nih, selagi x hbs, selagi tu duk ulang2 makan nih,

Melly Octaviana said...

Malam Kak Liza.. masih ada kah bun nya buat makan pagi esok, melly juga suka buat roti sendiri, anak anak suka makan roti.. ;)

Ida,Japan said...

dh sebati choc chip tu lg sedapp kut rasanya Liza...sedapnyer..rajiinn

FAKRUZA said...

Salam Liza nampak megancam bun coklat cips nie pasti sedap ye...
masih ada lagi ke???

apa pun kalau nak lihat produk kesihatan lawati la blog..
http://qiraddapur.blogspot.com..
ok ta.. ta..

Unknown said...

0kenyang liza kalau dapat makan ni... he3x

dZana said...

lucu bila baca komen anak liza tu.. bdk2 mcm tu la kan.. komen yg menghiburkan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...