Thursday, December 1, 2016

Talam Suji Pandan...




Sebenarnya dah lama teringin nak buat talam suji ni, tapi tak confident...bila tgk kat dapo Kak Yati, macam digoda2 pulak srh buat...maka terjadilah talam suji pandan ni walaupun tak sempurna sifat...apa2 pun rasa mantap, hubby pun siap puji lagiii, tq kak








RESEPI TALAM SUJI PANDAN


Bahan2 Utk Lapisan Bawah:
Bahan (A)
 
  • 1 1/2 cwn tepung suji @ semolina
  • 450ml air

Bahan (B)
 
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 200ml santan pekat
  • 250ml air
  • pewarna kuning

Cara-caranya:-
 
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit, rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.
  5. Tuang adunan dan ratakan permukaannya. Kukus selama 25 minit.



 
 
Bhn2 Utk Lapisan Atas:
 
 
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air (air dikisar bersama 4 helai daun pandan dan tapiskan)
  •  1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 tsp garam
  • pewarna hijau

Cara-caranya:-
 
  1. Satukan semua bahan-bahan, gaul sebati. Kalau nak mudah blend je semuanya.
     
  2. Masukkan kedlm periuk bersih dan masak sebentar.
     
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan whisk, hendaklah sentiasa di kacau ya supaya tak berketul2.... jangan pekat dan jangan cair sangat.
  4. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaan lapisan suji tadi, kalau ada lapkan sedikit, pastu cakar2 sikit guna garpu. Setelah itu barulah tuang adunan pandan dan kukus selama 30 minit.
  5. Setelah kuih masak, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik supaya cantik potongannya.
 


1 comment:

  1. Talam suji kakak sukaaaa sangat.
    Selalu kakak beli kat pasar malam aje Liz.

    ReplyDelete