Thursday, December 1, 2016

Chocolatey Nutella Brownies...





Assalamualaikum wbt...nutella brownies ni mmg sedap dan Liza rasa bagi penggemar coklat tu blh la try brownies ni..





Kali ni Liza gunakan resepi dr dapur Hana pulak, tq ye Hana, akk CnP je dr dapo Hana,hihihi







CHOCOLATEY NUTELLA BROWNIES

Bahan-bahan:
113gm butter
3/4 cwn milk chocolate chips1/2 cwn gula halus - hana guna brown sugar2 biji telur A - kocok dgn garfu1 cwn nutella- hana buh 1/2cwn je itu pon da manis dan hana tmbh 1sb koko50gm tepung gandum1/2 sk baking powder


Cara-cara
  • Satukan butter, chocolate chips dan gula dalam periuk dan kacau perlahan dgn api kecil sehingga semua cair @ boleh guna kaedah double boiler. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan juga nuttella ke dalam adunan coklat tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum dan juga baking powder dan kacau sebati lagi.
  • Sapukan loyang dgn butter @ alaskan dengan baking paper. Tuangkan adunan.
  • Bakar suhu 170 selama 30-35min. Sejukkan dan potong.

1 comment:

  1. Kalau kakak buat agaknya tak sempat nak tunggu sejuk hihi...
    Menggebu betul:)

    ReplyDelete