Thursday, October 13, 2016

Ayam Madu Prune...





Ayam madu prune ni asal dr ayam madu nasi kandar resepi dr ayahanda Mamak Haji, tapi disebabkan Liza ganti kurma dgn prune, maka terjadi lah tajuk ayam madu prune,hihii

Liza gandingkan dgn nasi bukhari ari tu, mmg satu gandingan yg mantap memikat...







RESEPI AYAM MADU NASI KANDAR

Bhn2:


1 ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air)- xde stok, Liza ,letak prune
100gm buah kismis.
50gm buah gajus
2 sudu besar gula pasir. - Liza ltk 1 s/b je
1 sudu besar serbuk cili.
1 susu besar Jintan putih.
1 sudu besar Jintan manis.
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
5-7 biji pelaga, 5 kuntum cengkih, 5 kuntum bunga lawang- untuk ditumis.
1 helai daun pandan (potong dalam 2-3 inchi).
2 in, halia +  2 biji bawang besari + 5-7 ulas bawang putih dikisar halus.
sedikit bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
1 biji bawang besar(labu)
Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.
2  sudu besar perahan air limau nipis atau lemon.






CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing sangat.Ketepikan

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan pula bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

4. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana.

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng. Kacau serata.

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment