Friday, October 30, 2015

Puding Roti Sunquick Pelangi....

 
 
 
Assalamualaikum wbt dan salam jumaat utk semua...semoga kita semua di dlm lindungan rahmatNya...Aamiin
 
 
Dah banyak kali Liza buat puding roti ni, mmg sedap walaupun bhn2 simple je..jom terus tgh bhn kat bawah ye,Liza dah nak g amik anak balik sekolah...terima kasih pada yg empunya resepi.
 
 
 

 



RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK PELANGI
Bhn2:

  • 1 paket agar-agar
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
  • 3 keping roti
  • 3 sudu gula (ikut selera individu)
  • 2 sudu besar sunquick
  • Pewarna hijau
  • Pewarna merah
  • Pewarna oren,biru
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
  6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
  7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
  8. Sejukkan.







Tempahan Chocolate Indulgence Cheese Cake....






                                           Alhamdulillah...

Tuesday, October 27, 2015

Donut Kentang yg Lembut...



Donut ni sebenarnya dah berkurun Liza buat,hihii..masih menggunakan resepi kat SINI...terima kasih semuanya atas perkongsian resepi ni ye...





 
RESEPI DONUT SUPER LEMBUT

 
Bhn2:

250 gram tepung gandum
50 gm kentang rebus yg dihaluskan- lecek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 tbs susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais
1 1/2 tbs shortening@ margerin
2 sudu besar gula
1 tsp Baking powder
1 3/4 tsp yis mauripan
 
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
 





Caranya : saya guna mixer ( Liza guna BM)
 
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit
 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
 
4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba...
# tips masa nak menggoreng tu taruk 1 sudu makan shortening...insyaallah makin gebu..jazakallah rozy amir bagi tips ni



Tempahan Chocolate Indulgence Cheese Cake...





Ni kek yg paling pantas Liza buat...order mlm, pagi dah hantar kat customer...fuhhh mmg letih, hanya ini yg mampu Liza buat dlm masa secepat itu, halalkan apa yg terkurang ye..


Tempahan Gift Box Cake utk suami tersayang..kek durian






Ni kek surprise dr si isteri utk suami tercinta...Alhamdulillah
Kat dalam ni kek durian yg mmg peberet suami..agak susah sikit nk deko kek ni sbb isi durian tu menyukarkan utk deko sesmooth mungkin..hihiihi

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh WA 0192113080




Friday, October 23, 2015

Ketupat Sotong Klate Warisan Bonda....



Dah lama sgt tak buat ketupat sotong ni, akhirnya bila abg request nak makan, barulah ingat rupanya dah lama tak buat...sampaikan adik pun ingat tak ingat je , asyik tanya umi masak apa tu, sedap ke tak...alahai adik,siannya ye..

Ketupat sotong yg gelap ni versi klate sbb kitaorg guna nise, kalau terengganu style kaler putih je...







RESEPI KETUPAT SOTONG WARISAN
Bhn2:

10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
Lidi cungkil gigi secukupnya
1 s/kecil halba

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi. Lebihan beras pulut td pun boleh masukkan sekali dlm periuk.
  4. Masukkan garam, gula melaka,halba, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Pastu rasalah dah cukup rasa manis ke idak ye.. 





Memang sedap weiii, rasa sekali pasti nak lagi...hihii




Puyuh Goreng Paprik....


Assalamualaikum wbt...paprika ni mmg peberet family Liza, ehh ye ke, ke tukang masak yg suka masak lauk ni...ihihii
Ya, dua2 betul...bila masak lauk cmni senang, tak yah nak piker lauk lain dah...satu lauk dah ada macam2 kan.

Memang dah banyak kali jugak Liza buat lauk ni, tak kira lah dgn apa lauk sekalipun, ayam, ikan dan kali ni puyuh...terpulang pada kita kan sbb kita yang nak  makan..

Jom tgk resepi simple kat bawah ye..








RESEPI PAPRIK PUYUH
Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam ( kali ni guna puyuh 5 ekor)

4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda- guna kacang buncis 
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Sedikit gula

 
Cara2:
  1. Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
 
 
 

Monday, October 19, 2015

Lasagna...terlajak sedappp


Lasagna ni pun salah satu makanan peberet family Liza..dan Liza masih menggunakan resepi yg sama kt bawah tu...mmg setia dgn yg tu je, jadi faham2 sendiri la ye...resepi ni nampak je panjang, tapi nak buat mmg senang dan hasilnya mmg berbaloi2..

Pada yg nak mencuba tu silakan lah ye..jgn segan2




RESEPI LASAGNA
Bhn2:


Kuah daging :
300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce






Sos keju :
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam , gula
1 tin sup ayam Kimball

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api
.
Masukkan sup dulu, baru perisakan dgn garam..kalau Liza mmg Liza xletak garam sbb sup n cheese dah masin..Cuma Liza tambahkan gula sikit utk seimbangkan rasa...mmg terlajak sedappp


Bhn2 yg diperlukan :
1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Lasagna tak perlu di masak ye!Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

Tempahan Chocolate Indulgence Cheesecake...alhamdulillah






Kek ni adalah hot produk dr ID, Alhamdulillah


Berminat nk order jom WA Liza 0192113080

Pulut Kuning dan Kerutup Ayam....





Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua pengunjung ID yg Liza sayangi....semoga kita semtiasa dilindungi Allah swt dlm apa jua yg kita lakukan, insyaallah....Aamiin

Dah lama sgt rasanya tak buat pulut kuning ni sbb tiap kali terlintas nk buat, tak cukup ahli...jadi niat tu terpaksalah dipendamkan dulu...baru2 ni kebetulan abang pun cuti, jadi on je la pulut kuning ni...Liza buat utk lunch ari tu dan digandingkan dgn lauk kerutup ayam yg jugak mmg peberet family Liza...Alhamdulillah suka bila tgk semua org berselera makan..




RESEPI PULUT KUNING
Bhn2

1 kg beras pulut - basuh
Sdkt pewarna kuning
1 kpg asam keping
Sdkt serbuk kunyit - bancuh dan tapis
Air secukupnya

- rendam semua bhn di atas semalaman utk mendapatkan warna kuning yg cantik.

1 biji kelapa- perah dan ambil santan dlm 3 cwn
Garam
Gula

- masak santan bersama gula dan garam.
- bila gula dan garam dh hancur dan santan dah naik wap, tutup api.

Cara

- panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus beras pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan terus gaulkan dgn santan yg telah dimasak td.
- gaul hingga pulut lembut dan sebati.
- sedia dihidang dgn lauk kesukaan..


* kalau pulut masih lagi keras, kukus lagi slps digaul santan, mungkin dalam 5-8 minit utk dapatkan pulut yg lembut...





RESEPI KERUTUK AYAM MARBELES
Bhn2:
1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
6 ulas bwg merah*
2 ulas bwg pth*
1/2 inci lengkuas*
2 btg serai*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 paket kecil rempah kerutup (Liza guna adabi)
2 s/b rempah kerutuk klate
2 s/b rempah kari dgg
2-3 s/b cili mesin
1/2 cawan kerisik
1 keping gula merah (nise)
Garam, gula secukup rasa
1 cawan santan pekat dr sebiji kelapa
4 biji ubi kentang - belah 4
Air asam jawa
4 sekawan
Daun pandan
Minyak

- bhn2 brtanda * dimesin halus
- panaskan minyak dan masukkan daun pandan dulu (utk bg kerutup ni wangi)
- bila dah naik bau, masukkan 4 sekawan dan bhn2 yg dimesin.
- masukkan pula rempah2 yg tlh dicampur dgn sedikit air, cili mesin dan air asam jawa
- biar sehingga naik minyak br masukkan dgg,kentang dan santan
- bila dah mendidih, masukkan pula gula melaka dan garam serta perasa (optional)
- biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan kerisik
- sedia dihidang dan boleh la dimamam....







Friday, October 16, 2015

Tart Telur Kantonis


Sebenarnya kan Liza tak tau apa bezanya tart telur hong kong dgn tart telur kantonis ni sbb bila tgk dr bhn2 yg digunakan, agak sama...mungkin sama kot, kan...hihii

Resepi kali ni Liza intai kat dapo Naz tu, sbb nampak agak senang..thnx Naz sudi share resepi ni, mmg sedap sihh





RESEPI TART TELUR KANTONIS

Bhn2 crust:

  • 225 gm tepung gandum (Naz guna 250 gm sebab adunan terlalu lembab dan melekit)
  • 125 gm butter
  • 55 gm gula icing
  • 1 biji telur, dipukul sikit
  • Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla
Bahan-bahan kastad/ filling :
  • 3 biji telur
  • 110 gula kastor
  • 225 gm air panas
  • 85 gm susu cair
  • 1/2 tsp asen vanilla


Cara-cara (penyediaan crust) :
  1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.
Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :
  1. Larutkan gula di dalam air panas.
  2. Pukul telur bersama susu cair dengan ballon whisk. Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
  3. Tapis adunan ke dalam jug kecil.






Kita boleh pilih yg mana satu cara yg kita suka utk bakar tart ni..mcm Liza, Liza pilih yg no 2, iaitu bakar dulu tart shell tu separuh masak, keluarkan dan letakkan filling dan bakar lagi..terpulang pada masing2 ye


Cara-cara Naz membakar Tart Telur Kantonis :
Cara Pertama :
  1. Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.
  2. Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 30 minit atau hingga kastad masak.

Cara Ke Dua :
  1. Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.
  2. Keluarkan tart shell dari oven.
  3. Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.


Kuih Lapis Tradisi.....





Assalamualaikum wbt dan salam jumaat penghulu segala hari...kuih lapis ni peberet adik, anak Liza yg kecik...tiap kali tgk gambar kuih lapis cnfrm dia akan suruh buat..

Kali ni Liza guna resepi dr K.An Periuk Tanah ( Liza xdapat cari link dia)...Liza CnP resepi ni dr dapo Mas....tq ye utk kedua2nya.






RESEPI KUIH LAPIS TRADISI

Bahan2:

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air) 1/4 sudu teh garam sedikit pewarna merah dan perisa ros

 Cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  4. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. 
  5.  Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
  6. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Untuk lapisan terakhir, Mas kukus selama 20 minit. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
  7. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. 

 Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis
 
 

Soft Doughnut....



Sesuai dgn nama yg diberi, mmg soft sgt donut ni....makan pun terasa lemak2 dr krim kat dalam tu...resepi ni Liza ambik dr dapo Amie, tqvm ye Amie, resepi ni antara resepi donut yg best..

Jom kita tgk resepi ye, mintak halal ye Amie..





RESEPI SOFT DOUGHNUT


Bhn2:

350 gram tepung protein tinggi
200 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
75 gram gula kastor
1 sudu teh garam
3 sudu teh (10 gram)  yis segera 

Bahan B:
1 biji telur gred A
170 gram air sejuk
80 gram krim putar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa mentega

Bahan C:
40 gram mentega
30 gram butterol
1 sudu makan liquid bread improver

Info tambahan:

Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.

Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.

Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.

Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.






Cara:
1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul. 
2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.
4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.
5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.
6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.
7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit. 
8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.
9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda. 
11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.

Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak.





Liza cuma salut dgn gula je, kes malas...kt bawah ni adalah resepi yg Amie kongsikan ye..kalau terasa rajin nk buat, silakan...




Cheesy Cheese Doughnut

Bahan untuk topping:
250 gram coklat putih 
250 gram keju cheddar (jika tidak ada tidak mengapa)
100 gram keju parmesan
150 gram UHT cream

Cara:
1. Coklat putih dicairkan secara double boil bersama UHT cream.
2. Parut keju parmesan - (boleh gunakan serbuk keju parmesan)

Bahan untuk filling:
250 gram krim keju
80 gram gula icing
40 gram UHT whipping cream

Cara:
1. Putar krim keju dengan gula icing sehingga lembut.
2. Masukkan krim putar (UHT whipping cream) dan gaul rata.



Bingka Durian...






Assalamualaikum wbt....bingka durian ni dah lama Liza buat utk abiskan stok durian dalam freezer...cari punya cari, terjumpa lah resepi ni kat dapo K.Yati...tq kak

Jom kita tgk resepi ye, resepi ni simple tapi sedap terasa lemak2 durian...bagi peminat durian boleh lah cuba ye..

RESEPI BINGKA DURIAN

Bhn2:

3biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan
  Cara-Cara
 
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan  terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.




 
 
 
 
 
 
 
 

Kembung Percik my mom style...






Assalamualaikum wbt...dah lama Liza tak masukkan n3 kat sini, almaklumlah line internet kat sini mmg slow tahap siput tutttttt...
Ikan kembung percik ni dah lama Liza buat, tiap kali buat percik, ni la  resepi yg Liza guna sbb resepi ni turun temurun dr arwah ma...tak kira la percik ikan atau pun ayam.

Kalau nak cakap percik kelate, ada jugak sesetengah org yg biasa mkn percik kuah putih, jadi utk lebih selamat Liza guna percik my mom/bonda ye...sbb Liza pun xtau kaler yg sebenarnya utk percik klate, samada kuning atau putih...






Kalau tgk pada saiz ikan ni kecik2 je, kalau ada saiz yg besar n fresh lagi best...masa ni Liza mmg takde kembung besar, tapi kempunan punya pasal, terpaksa buat jugak la walaupun  ikan ni kecik..

RESEPI IKAN KEMBUNG PERCIK MY M OM

Bhn2:
5 ekor ikan kembung - bersihkan dan kelar
1 inci halia
3 ulas bwg pth
Sdkt garam
Srbk kunyit

- halia dan bwg pth ditumbuk halus.
- lumurkan semua bhn pada ikan dan perapkan seketika.
- bakar ikan separuh masak dan siramkan kuah di kedua2 belah ikan.
- teruskan membakar hingga ikan betul2 masak..

- angkat dan hidangkan bersama kuah percik lebihan td..



Bhn2 kuah percik :

1 biji kelapa - ambil santan
5 ulas bwg merah
1/2 inci halia
Tpg beras / tpg gandum secukupnya - utk pekatkan kuah
Sdkt srbk kunyit
1 s/b cili mesin
Garam
Gula dan serbuk perasa
1 kpg asam keping

- tumbuk halus bwg merah dan halia.
- masukkan santan dan bhn tumbuk ke dlm periuk
- masukkan juga srbk kunyit, cili mesin, asam keping dan tpg.
- masak di atas api sederhana  dan pastikan tpg tidak berketul.
- biarkan didih dan masukkan garam, gula dan srbk perasa
- bila kuah dah agak pekat, tutup api dan siramkan atas ayam yg dibakar.
- dah siap la tuuuu....hihihihi

Wednesday, October 7, 2015

Masak Lemak Siput Sedut n Daun Kadok....



Semalam g pasar beli siput ni, rasa macam tak percaya bila tanya harga..RM13 sekilo kak, kata penjual tu...tapi disebabkan anak2 nak makan, beli jugak la sekilo...bila pikir2 balik, lagi mahal dr ayam kan..

Macam biasa la, kalau siput sedut ni anak2 akan request masak lemak ni, cara masakan lain mmg Liza tak pernah buat..resepi ni mmg asli dr arwah ma...semoga dapat memberi manfaat pada semua ye..






RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT DAUN KADUK

Bhn2:

1 kg siput sedut - bersihkan
1 ikat daun kaduk - hiris halus
6 ulas bawang merah *
6 biji cili api *
11/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
2 s/b cili mesin
Santan secukupnya
Garam

- blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
- masukkan semua ke dlm periuk kecuali daun kaduk.
- bila dh mendidih, masukkan daun kaduk, kacau rata..
- tutup api dan boleh hidang la...






Bila digandingkan dgn daun kaduk mmg terangkat habis...


Taiwanese Bread....





Assalamualaikum wbt , roti ni Liza buat dah lama dah..pestime cuba buat roti yg hanya menggunakan kuning telur...mmg ternyata berbeza, yg ni lagi lembut dan sedap...

Terima kasih pada Kak Wan (fb) yg selalu dok tayang roti2 dia yg lembut tu dan sudi share resepi..terima kasih sekali lg






RESEPI TAIWANESE BREAD

Bhn2:

500gm tpg roti
8 gm yis...

8 gm garam
2 gm bread improver
75gm gula caster
30 gm susu tpg
2 biji kuning telur
60gm butter
225 gm air ais / susu segar
75 gm whipping cream






- masukkan semua bhn basah dalm BM dan diikuti dgn bhn kering...set no 8 dan biar la BM tu buat keje dia ye..
- bila dah cukup amsa, keluarkan dan bentukkan ikut suka..
- jenis roti boleh dipelbagaikan ikut kehendak masing2..
- resepi ni mmg lembut yg amat walaupun dah berhari2...


Monday, October 5, 2015

Ayam Kicap Pedas Madu Karipulai...



Assalamualaikum wbt...lama bebenor rasanya tak masuk dapo sini kan..ari ni nak share lagi resepi yg pemes seantero skrg gara2 penangan Lina, ayam kicap pedas madu karipulai...kalau sebelum ni Liza tak pernah gunakan ayam macam resepi asal, tapi kali nicuba ikut resepi seratus peratus...memang la anak2 suka, ayam kan...hihihi
 
Kesedapan lauk ni mmg tak boleh dipertikaikan lagi, kalau nak tau cubalah buat, bhn2 pun sng je..
 
 


 
Resepi boleh tgk kat bawah ye...
 
 
RESEPI AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI
 
Bhn2:
 
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah) - guna jugak
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)-tambah jugak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)- Liza pun tambah 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)- xletak
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar - xde stok
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2ka.Tambah garam dan gula (jika perlu).
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar.Kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.




 
 
Tq fren Lina sebab memanjangkan resepi marbeles ni...