Assalamualaikum wbt...paprika ni mmg peberet family Liza, ehh ye ke, ke tukang masak yg suka masak lauk ni...ihihii
Ya, dua2 betul...bila masak lauk cmni senang, tak yah nak piker lauk lain dah...satu lauk dah ada macam2 kan.
Memang dah banyak kali jugak Liza buat lauk ni, tak kira lah dgn apa lauk sekalipun, ayam, ikan dan kali ni puyuh...terpulang pada kita kan sbb kita yang nak makan..
Jom tgk resepi simple kat bawah ye..
RESEPI PAPRIK PUYUH
Bhn2:
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam ( kali ni guna puyuh 5 ekor)
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda- guna kacang buncis
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Sedikit gula
- Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
- Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
- Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Tempat kakak ni susah nak dpt puyuh
ReplyDeleteBiasa makan yg dikedai itu pun goreng kunyit
Tengok gambar buat kakak terliur:)