Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali utk semua sahabat yg Liza sayangi...semalam ada jiran yg datang beraya kt umah Liza, sehari sebelum tu lagi dia dah bagitau..mulalah berfikir apakah menu yg sesuai utk dijamu nnt, lagipun Kak Idah nak datang malam..nak masak nasi macam kenyang sangat kan, jadi pikir punya pikir, maka terjadilah roti jala ngn kari ayam dan kek gula hangus ni...Alhamdulillah Allah permudahkan semua.
Resepi kek gula hangus kali ni Liza amik dr dapur K.Nor, mula2 macam biasa la kalau buat kek ni kan, nervous dia tu lain macam sikit sbb takut tak bersarang seperti yg diingini...tapi kan, satu je yg Liza nk pesan pada yg baru nak berjinak dlm dunia masakan ni, segala pantang larang atau tips yg diberikan janganlah gatal2 nk derhaka ye, kang tak pasal2 jadi habuan cik tong...
Sebenarnya mmg dah lama Liza tak buat kek ni sbb malas nak perap sampai berjam jam tu,hihihi
Tapi bab ni tak yah la nak skip ye, tu pun kalau nak kek tu bersarang dgn elok...
Jom kita tgk resepi dr arwah bonda Kak Nor ye, terima kasih bnyk2 ye kak..
RESEPI KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT
Bhn2:
- 1 1/4 cawan gula halus*
- 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
- 125gm butter
- 4 biji telur gred A
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
- Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
- Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.
- Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
- Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
- Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
- Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
- Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
- Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
- Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
- Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
Liza guna acuan bulat 8 inci
nak try buat gak lah mcm ni
ReplyDeletenak try buat gak lah mcm ni
ReplyDeletekena roti jala cicah kuah durian nih... fuhhhhhhhh
ReplyDelete