Assalamualaikum wbt dan salam jumaat utk semua..akhirnya dapat jugok mengemas dapur maya ni, dah berhabuk pun...hihhi
Disebabkan takde idea nk celoteh, jom kita terus tgk resepi brownies yg sedap ni ye...kalau google mmg banyak sgt versi brownies ni, jadi pilih je mana yg berkenan di hati dan tekak..
Kali ni Liza try resepi dr Che Ct pulok, resepi asal katanya dr Martha Stewart tu...kenal kan, hihii
Terima kasih Kak Ct atas perkongsian resepi yg memang marbeles ni..
SUPER FUDGY BROWNIES
Bhn2:
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil (Liza guna coklat susu)
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)(3/4 cawan)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips
1/2 cawan butterscotch chips
Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips
Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong.
assalamualaikum Liza nampak menyerlah kesedapan nya alahaiiiii jauhnya akak ni kan
ReplyDelete