Wednesday, October 8, 2014

Macaroon...akhirnyaaa


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera utk teman2 yg Liza sayangi...ni la kali pertama Liza terbuka hati utk buat macaroon, tu pun sebab angah..satu hari tu masa g jalan kat Wangsa Walk, angah ternampak ada stall yg jual macaroon, dia terus cakap, 'umi, biskut tu macam biskut org kaya, kan'...huhuhu kesiannya kat anak2..

Sebenarnya memang selama ni Liza tak nak buat macaroon ni sebab bila tgk resepi yg memerlukan gula yg banyak tu, adooiii dah terasa kemanisan biskut ni...tapi akhirnya hari tu tewas juga dgn kata2 angah, ye la kan, at least biar lah diaorg dapat rasa biskut orang kaya tu...hihii
Adik pulak panggil burger biskut...hihii



Sebenarnya Liza risau jugak takut tak jadi, ye la selama ni tak pernah nak study cmner nk buat macaroon ni..apa2 pun kan, biskut ni walaupun agak manis bagi family Liza tapi rasa almond tu yg menambat hati..Liza cuma gunakan nutella je sebagai filling..

Resepi dan step by step nk buat macaroon ni Liza jenguk kat dapur Kak Ita, sape2 yg nak buat tu bolehlah study dulu ye...hihi
Terima kasih Kak Ita..Liza CnP dr blog akk ye sbgai rujukan Liza di masa akan datang sebab bnyk tips yg berguna...terima kasih sekali lagi...




RESEPI MACAROON

Bhn2:

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.-Liza campur kedua2nya




Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan


Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!




Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.




Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macarons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

Bila dah sejuk letak lah filling ikut citarasa masing2, Liza letak nutella..


No comments:

Post a Comment