Friday, October 17, 2014

Bingka Cheese Sarawak....



Pertama kali terpandang bingka cheese ni kat dapur kak Yati, Liza terus tergoda...tau2 sendiri la kan, apa2 pun yg ada cheese ni mmg sedap, memang tak mampu nk tolak...hiiihihi

Resepi ni cukup unik sebab ada gabungan agar2 n cheese, dlm hati tertanya2 jugak macamana agaknya rasa dia kan..dan bila dah rasa, tak sedar dah berkeping2 masuk mulut....hihii

Kata Kak Yati, resepi ni pulak dia amik kat dapur Hasue,...thnx ye pada kedua2nya...Liza CnP resepi ni dr dapur kak Yati je...mintak halal ye kak...





 RESEPI BINGKA CHEESE SARAWAK

Bahan A:
 
  • 1 peket agar2 serbuk cap ros (13g)-(Yatie guna agar2 serbuk yg 10gm) 
  • 3 cawan air- (Yatie letak 2 1/2 cwn je sbb guna agar2 10gm) 
  • 1 cawan gula pasir
  • Liza ikut cara kak Yati
Bahan B
 
  • 250g mentega
  • 250 cream cheese Philadelphia
  • ½ tin susu pekat manis(Yatie guna 1/2 cwn je)
  • 1 ½ cawan tepung hong kong (Yatie guna tepung gandum je)-Liza guna tpg hong kong
     
  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
Cara2:
 
  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
  2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
  3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
  4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
  6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
  7. Selamat mencuba.. ^_^.Yatie guna loyang bulat 9 inci.-Liza pun..


Memang nampak kegebuan bingka ni kan, kalau nak tau kesedapan bingka cheese ni, cuba lah buat...insyaallah tak akan menyesal..kata jiran Liza, bingka ni lagi sedap kalau simpan dlm fridge n makan sejuk2...


2 comments: