Monday, July 21, 2014

Kek Marble Susu....

 


Dalam puasa ni tetiba tekak teringin nak makan kek marble susu ni..Liza buat separuh je dr adunan kat bawah ye, dapatlah utk berbuka kan...macam biasa la, resepi ni dr Chef Norzailina Nordin, mmg sedap..




RESEPI KEK MARBLE SUSU

Bhn2:


250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulso

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester
.







Karipap Pusing Bonda....



Dari dulu hingga sekarang memang ni lah resepi karipap pusing yg menjadi idaman seluruh family Liza...sbb bg kami, ni lah resepi yg kena dgn selera kami, bkn kata resepi lain tak sedap, tapi selera masing2 kan..ye la, dah ni karipap yg kitaorg makan dr kecik, for sure la akan suka sampai bila2...hihihii


Resepi ni mmg seratus peratus dr arwah bonda Liza, kalau ada resepi yg sama tu, mungkin secara kebetulan ye..



RESEPI KARIPAP PUSING BONDA

Bhn2 doh :
     A
4 cwn tpung gandum
Sdkt garam
Air secukupnya
- semua bhn diuli hingga jadi doh...ketepikan

     B
1 cwn tpung gandum
3 s/b mentega / marjerin
- semua bhn diuli hingga blh dikepalkan..kalau still xblh kepal, tambahkan lagi mentega /marjerin


Kalau nk tgk step by step utk buat karipap pusing ni, klik kat SINI ye...



RESEPI INTI KARI AYAM/ DAGINGBhn2:

200 gm ayam @ daging - potong kecil2
500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
5 ulas bwg merah *
1 ulas bwg pth *
1 cm halia *
Cili mesin - 2 s/besar
Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
1 labu bwg besar - potong dadu
Daun sup - hiris nipis
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak utk menumis
Air

- tumbuk lumat bhn bertanda *.
- campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
- panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
- masukkan ayam / daging dan sdkt air .
- bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
- masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
- bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
- gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
- sejukkan dan sedia digunakan.
- sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dll...
- blh jugak disimpan dlm fridge utk tahan lama...bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna
..




Pepahat ala Tomyam...


Assalamualaikum wbt , salam bersua kembali...pejam celik pejam celik rupanya dah nak raya kan...di sini Liza ingin melahirkan rasa simpati dan salam takziah utk semua keluarga penumpang dn krew MH17 yg telah terkorban di Ukraine, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...semoga mereka ditempatkan di kalangan mereka yg dikasihi Allah swt...Aamiin
 
 
 
 
Berbalik pada resepi ni sebenarnya Liza main campak2 je apa yg ada kat dapur..Alhamdulillah dapat diterima oleh family semua...
 
Jom kita tgk bhn2 yg Liza campak tu ye...hihihi
 
RESEPI PEPAHAT ALA TOMYAM
 
Bhn2:
 
300gm pepahat - bersihkan
1 labu bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang pth - hiris nipis
3 s/b pes tomyam
5 s/b cili mesin
1 batang serai - ketuk sikit
4 helai daun limau purut
Garam, gula secukup rasa
Minyak


 
 
 

- panaskan minyak, tumis bwg hiris hingga naik bau..
- masukkan serai dan cili mesin serta pes tomyam, masak lg hingga naik bau, kalau kering, tambah air sikit..
- masukkan daun limau purut, garam dan gula secukup rasa..
- bila dah sebati, masukkan pepahat dan gaul mesra, masak hingga pepahat masak...

Wednesday, July 9, 2014

Kuzi Kambing dan Taugeh Goreng..



Jeng jeng jeng...sape pernah makan kuzi kambing angkat tangan...hihii
Sebenarnya ari tu, bila tgk stok kambing ada lagi dlm petiais, terfikir2 jugak nak buat apa dgn kambing ni, nak yg simple, cepat n yg penting mestilah sedap...so, terfikirlah nk cuba buat kuzi kambing ni, dlm hati tertanya2 jugak la, macam mana rasanya kuzi kambing ni, rupa2nya mmg sedap dan tak sia2 buat...
Kalau sebelum ni Liza ada buat kuzi ayam kan, bhn2 lebih kurang sama je..




RESEPI KUZI KAMBING

Bhn2:

500gm kambing - Liza campur isi n tulang
2 biji bwg besar - hiris dan grg *
10 biji bwg merah *
2 ulas bwg pth *
1 inci halia *
1 cawan kismis - grg sekejap
1 cawan tomato sos
2 s/b rempah kuzi + sedikit air - jadikan pes
Rempah 4 sekawan
3 s/b susu pekat
1 cawan air

- rebus kambing hingga empuk, simpan air rebusan utk digunakan nnt..
- blend bhn2 bertanda * hingga lumat.
- panaskan sdkt minyak, tumis rmpah 4 sekawan, bhn2 blend dan rempah kuzi hingga wangi..
- masuk tomato sos, susu pekat dan air rebusan, gaul sebati..
- masukkan daging kambing dan kismis..
- tutup periuk dan kecilkan api dan biarkan ia masak selama 15- 20 minit, biar semua rasa tu sebati...





Liza gorengkan tauge dan tauhu utk padankan dgn kuzi kambing ni..


RESEPI TAUHU DAN TAUGE GORENG

Bhn2:

Taugeh - dibersihkn
Tauhu -potong kiub
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - potong nipis serong
Sedikit minyak
Garam, perasa

- panaskan minyak, masukkan bawang hiris dan cili merah, dan biar hingga naik bau..
- masukkan tauhu, gaulkan sebati, masukkan juga garam dan perasa, gaul lagi..
- akhir masukkan taugeh, gorengkan sebentar dan tutup api..

* boleh juga kalau nak masukkan udang dalam tauge ni ..*




Tauhu Sumbat Special....




Assalamualaikum wbt dan salam 11 Ramadan 1435H...sememangnya tauhu sumbat ni mmg menu wajib di bulan Ramadan bg family Liza, rasanya tak lengkap kalau dlm sebulan berpuasa tu tak buat tauhu sumbat ni..

Biasanya kalau tauhu sumbat nyg org jual, kebanyakannya dgn kuah kacang, tapi resepi tauhu sumbat arwah ma ni, menggunakan lada, kadang2 boleh ternganga2 makan, ye la pedas bebb...hihi
Apa pun rasanya terpulanglah pada selera masing2 kan..




RESEPI SOS TAUHU SUMBAT SPECIAL
Bhn2:
6 biji cili merah
8 biji cili api - agak2 la
1 ulas bwg pth
Sehiris nipis halia
garam
gula

1 s/b cuka
air masak secukupnya
- mesin semua bhn hingga lumat dan sesuaikan rasa ikut selera msg2 ye...

- bhn2 sumbat tu terpulang pada selera masing2...



Bhn2 lain:

5 keping tauhu - goreng hingga kekuningan
1 biji timun - hiris memanjang
Sengkuang - hiris memanjang
Sedikit taugeh - dicelur sekejap
Karot - hiris memanjang ( Liza xletak, xde stok)




- potong 2 tauhu goreng td dan belah ditengah2, JGN sampai putus ye..
- campurkan semua sayuran di dlm bekas..
- sumbatkan sayuran td ke dlm tauhu yg dibelah ..
- dah siappp..



Monday, July 7, 2014

Cream Puff n Kastad Durian...




Assalamualaikum wbt..cream puff ni Liza buat utk iftar weekend ari tu..ye la, stok durian  pun ada lagi n anak2 pun mmg suka sgt dgn cream puff..maka terpaksalah merajinkan diri, hihihi

Tak pernah lagi buat berintikan durian kastad ni, so, apa salahnya mencuba kan..bila makan tu anak2 n hubby cakap macam makan duria crepe pulak..





Kali ni Liza buat cream puff guna resepi dr umah Izah pulak, resepi ni katanya dr Anna dan Mas..terima kasih pada semua ye, akk mintak izin share kat sini pulak..

RESEPI CREAM PUFF

Bhn2:
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum  *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder - Mas tambah
  *diayak bersama 
1 sudu besar gula kastor - Mas tambah
  *diayak bersama 
secubit garam
  *diayak bersama 
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
Masukkan juga esen vanila.
Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
"On" kipas oven jika ada.
Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.
 
 


Manakala fillingnya pula Liza ambil dr dapur Kak Yati, thnx ye kak..sedap sangat

INTI CUSTARD DURIAN

Bhn2:
  • 250 ml susu cair
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur
  • 150 gm isi durian
  • Non-dairy whip cream -secukupnya
  • Cara-cara
    1. Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.
    2. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
    Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
    Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi.
    Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
    Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe / cream puff..
     
    Cara menyediakan Cream Puff:
     
    Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
    paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
    Tabur snow powder diatasnya.


    Tips :
    Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya
    senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
     
    Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
     
    Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
     
    Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
     
    Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata... 
    Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
    Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....

    Thursday, July 3, 2014

    Ikan Tongkol Goreng Cili Kering...


    Ni jugak salah satu lauk yg Liza masak utk berbuka ari tu..ni pun gara2 tgk Ketuk2 Ramadan Sheila Rusly, tapi Liza ubahsuai sikit ikut apa yg senang..kalau ikutkan resepi asal, Sheila guna isi ikan siakap yg digoreng celup tepung, pastu baru masukkan dlm bhn tumisan, suka hati la nk buat cmner kan, janji senang bg kita..




    Disebabkan Liza guna ikan tongkol, jadi Liza rebus dulu ikan ni, pastu baru goreng..jom la kita tgk resepi ye


    RESEPI TONGKOL GORENG CILI KERING

    Bhn2:

    4 keping ikan tongkol - rebus dgn garam + asam keeping
    1 labu bawang besar - hiris
    1/2 inci halia - hiris nipis
    3 ulas bawang putih - hiris
    10 tangkai cili kering - potong pendek
    4 s/b sos tiram
    4 s/b sos cili
    2 s/b sos tomato
    Sedikit kicap manis
    Minyak



    - goreng ikan rebus tadi hingga garing, angkat..
    - tinggalkan sedikit minyak lebihan gorengan td, goreng cili kering, halia, bwg putih n bawang besar hingga naik bau..
    - masukkan semua sos dan sebatikan, masukkan juga sedikit air..
    - akhir masukkan ikan grg td dan gaul sebati..
     
    Walaupun simple, tapi percayalah lauk ni mmg sedap...sesuai utk bersahur..

    Puding Roti Karamel...


    Iftar semalam Liza buat lagi puding roti karamel ni, sbb family mmg suka..alahh,nak buat pun senang kan..tak yah citer panjang2 la, jom kita terus tengok resepi ye..




    RESEPI PUDING ROTI KARAMEL


    Bhn2:

    3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
    4 keping roti gardenia
    3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
    2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
    1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
    esen vanilla (1sk)


    Cara-cara


    1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
    2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
    3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
     


    Terima kasih pada kak Rosa atas perkongsian resepi ni...




    Chocolate Chips Blondies....


    Assalamualaikum wbt dan Salam 5 Ramadan...masa mula2 tgk choc chips ni kat dapur Izah, terus salin resepi sbb resepi ni nmpak mudah je...hari tu masa dok belek2 buku resepi, terpandanglah resepi ni lg, tgk bhn semuanya ada, apalagi, on la...kebetulan adik pun nk datang ari tu..



    Masa tgh buat tu risau pulak takut tak jadi, sbb adunan dia mmg pekat sikit..dlm hati dok berkata2, mmg tak jadi ni, keras semacam je adunan dia, tapi tak pe la kita bakar dulu, tgk cmner lepas tu..

    Alhamdulillah masa tgh bakar tu, adunan tu naik cantik, suka sgt masa tu..bila amsak je, anak2 balik sekolah n tanya, 'umi masak apa ni, wanginya bau..' bila Liza bagitau je, diaorg tak sabar2 nak rasa, ye la kan, dah ada choc chips, budak mana yg tak suka...hihii

    Sebenarnya kan Izah, benda alah ni mmg sedap terlampau, hihii
    Adik Liza cakap, nak cakap kek, dia tak selembut kek, nak cakap biskut, dia tak sekeras biskut...hihihii

    Kalau nak tau, jom lah kita tgk resepi ye, mana tau ada yg nak buat utk berbuka nnt..thnx Izah




    RESEPI CHOCOLATE CHIPS BLONDIES

    Bhn2:


  • 1-1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 2 biji telur, pukul sedikit
  • 1 sudu kecil vanilla extract
  • 1-1/2 cwan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cup  semisweet chocolate chips

  • Caranya:

    Dalam mangkuk yang besar, satukan gula perang, mentega cair, telur, esen vanila sehingga sebati.Guna hand whisk je.

    Kemudian masukkan tepung, baking powder, dan garam. sebatikan. Kemudian masukkan chocolate chip dan sebatikan.

    Bakar dlm loyang 9x13" (izah bakar dlm 10x10") pada suhu 175 c , 18-20 minit sehingga masak. Sejukkan dan potong.


    Cuba tgk, banyak kan choc chip dia, mmg meriah n anak2 cnfrm suka...