Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Isnin 280414...semoga semuanya di dlm lindungan Allah swt..Aamiin
Kali ni Liza buat lg pudding kastad jagung yg best ni, nak buat pun senang..pertama kali Liza buat puding ni kat SINI, hasil dok intai kat dapur Madihaa...thnx ye sbb panjangkan resepi ni, sekarang dah jd menu peberet family Liza...
Pada sesiapa yg nak mencuba puding ni, Liza letakkan sekali lg resepi kat sini ye...
RESEPI PUDING KASTAD JAGUNG
Bhn2:
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
Cara :-
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati
kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang
kecil...hinggalah masak (kental& berkilat). (MaDiHa masak
guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
* kalau nk campur sdkt pewarna kuning pun boleh..*
saya suka makan..tp malas nak buat :D
ReplyDeleteSalam kak liza... lama dh x makan puding jagung.. sedap mkn time cuaca panas2 mcm skrg nih..
ReplyDeletealahai selalu tak menjadi buat puding nih, terkeras ler.. terlembik ler...
ReplyDeleteadda pun dah lama x makan puding ni..hehehe..
ReplyDelete