Thursday, January 9, 2014

Tortilla Nenas dan Ayam Panggang...


 
 
Assalamualaikum wbt...pekabar semua, diharapkan kita semua di dlm lindungan Allah swt...tortilla ni dah lama Liza buat cuma tak sempat nk publishkan kat sini...
 
Tetiba datang idea nk gabungkan nenas dgn ayam panggang dlm tortilla ni..Liza rasa kalau guna ayam goring tepung pun ok jugak kot, sama sedap..tp kebetulan masa tu Liza ada stok ayam panggang, jadi Liza gunakanlah utk sumbat dlm tortilla ni...
 
 

RESEPI TORTILLA NENAS DAN AYAM PANGGANG

Bhn2:

Tortilla secukupnya
Ayam panggang @ ayam grg tepung - ambil isi
Nenas dlm tin - toskan air
1/2 biji bawang besar - dadu
Minyak
Mayonis
Sos cili thai
Beberapa keping keju cheddar

- panaskan sedikit minyak dan tulis bawang besar yg di dadu hingga naik bau
- masukkan nenas yg dipotong kecil, gaul sebati dan tutup api, angkat dan gaulkan dgn mayonis..
- ambil sekeping tortilla, letakkan nenas mayonis td dan isi ayam..
- letakkan sedikit sos cili thai dan keju cheddar di atasnya dan gulung..
- gulung dgn aluminium foil dan panaskan sekejap dlm 5 min utk mencairkan keju..
- taraaa....dah pun siap



Monday, January 6, 2014

Kek Marble Susu...




Kek marble susu hasil dok teropong kat dapur Rinnchan..tetiba je terasa nk makan kek simple cmni, kek ni memang sedap, lembut n lemak..terima kasih pada Rinnchan yg sudi berkongsi resepi sedap ni dr Chef Norzailina Nordin...

RESEPI KEK MARBLE SUSU

Bhn2:

250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulso

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester
.





Cumin Rice Hadramaut Yeman / Nasi Jintan Putih Hadramaut Yeman....




Liza nk ucapkan jutaan terima kasih pada tuan empunya resepi ni, Lydia..at least dapat jugak lah rasa makanan Arab hasil air tangan sendiri walaupun bkn seratus peratus yg original..ada bhn dan cara yg Liza skip sbb susah nak cari kat sini...izinkan Liza share resepi kat sini pulak ye, thnx again..



RESEPI CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN

Bhn2:
4 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam dan toskan
1 tsp yellow food coloring
4-5 kuntum bunga cengkih*
3-4 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices - xletak
1/2 camt cumin seeds*
1/2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
1-2 biji cili hijau*
1 biji loomy* (tak boh pon tak apa) - xletak
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1.5 cawan air)
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 2-3 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.

Bila dah hampir kering nampak lubang2 air di permukaan nasi tu, titiskan pewarna kuning dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit. - Liza biarkan nasi masak sepenuhnya...




Liza tak buat ayam dia ye sbb Liza gandingkan dgn ayam panggang thai...kalau nak tengok cara Lydia masak nasi ni, boleh klik je kt link atas tu...apa2 pun nasi ni mmg sedap dgn rasa rempah tu..



Ayam Panggang Ala Thai.....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali....Alhamdulillah kita masih diberi peluang utk bernafas di bumi Allah swt yg indah ini...

Sebenarnya ayam panggang ala thai ni Liza dapat masa tgk rancangan grill Bobby Flay...Liza ni mmg peminat setia dialah kiranya...hihii


Jomlah kita tgk apa bhn2 utk resepi ni ye, sape yg nak rasa tu, kenalah cuba buat ye, gerenti teringat2 sampai ke mimpi...hhihii



RESEPI AYAM PANGGANG ALA THAI

Bhn2:

1 ekor ayam - bersihkan
2 btg serai*
7 biji cili api*
1 tangkai daun ketumbar dan akarnya- bersihkan *
2 s/k lada hitam*
1 inci kunyit hidup*
11/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
Sebiji limau nipis - perah ambil airnya
1 cawan santan - Liza guna yogurt
2 s/b serbuk kari
2 s/t sos ikan
Garam, gula secukup rasa

- tumbuk atau blend semua bhn bertanda * hingga lumat..
- campurkan bhn blend bersama bhn2 lain hingga sebati..
- perap bersama ayam 3 jam atau semalaman..perap lg lama lg sedap..
- panaskan oven 180C..
- panggang ayam di dlm oven 1 jam atau sehingga masak..



Liza gandingkan dgn Nasi Jintan Putih Hadramaut Yeman, nnt Liza masukkan resepi ye...



Saturday, January 4, 2014

Masak Lemak Cili Api Ikan Kering dan Nenas....



Memang dah lama sangat Liza tak masak lemak cili api ikan kering ni..rasanya anak2 pun tak tau mcm mana rasa dia..so, masa balik kampung hari tu, belilah ikan cencaru kering semata2 nak masak lemak ni..bukan semua jenis ikan kering boleh masak cmni ye, kalau isi dia lembut sgt nnt isi ikan tu senang hancur bila kita masak..so, carilah isi ikan yg agak padat sikit mcm ikan cencaru ni..

Masak lemak cili api ikan kering ni sama je dgn lauk2 lain, cuma ada tambahan nenas, tu yang power tu...perghhh, mmg tak boleh nak bgtau lah kesedapan masak lemak ni, kena cuba sendiri baru tau...tapi anak2 Liza ambik kuah je, nasib baik la umi dia faham sbb umi dia pun cmtu jugak masa kecik2...hihii, kadang2 sanggup berlapar bila lauk yg arwah ma masak tak kena dgn selera...hihihi



RESEPI MASAK LEMAK CILIAPI IKAN KERING N NENAS

Bhn2:
 
4 ekor ikan cencaru kering - potong 2
15 biji cili api
11/2 inci kunyit hidup
Garam, perasa
Sebiji nenas mekar - hiris nipis
Santan secukupnya

- Ciliapi dan kunyit hidup ditumbuk lumat.
- masukkan santan dan bhn2 tumbuk ke dlm periuk dan masak dgn api sederhana sambil kacau..
- bila hampir mendidih masukkan ikan kering, nenas, garam dan perasa dan sentiasa kacau supaya tak pecah minyak ye..
- bila ikan kering dah masak dan lembut, tutup api dan sedia dihidangkan...

Ayam Goreng Berempah Rangup..



Ayam goreng berempah rangup ni hasil dr berbagai resepi yg dah Liza cuba..so, kali ni Liza olah sendiri utk dapatkan hasil yg betul2 menepati selera family Liza..kadang2 Liza selalu buat banyak2 n letak dlm freezer...bila2 masa je nak masak, defrostkan ayam td n salut dgn tepung dan goreng..

Ribuan terima kasih pada Mamak Haji sbb sudi berkongsi petua dan tips utk menggoreng ayam berempah mcm ni...


RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang pth*
1 biji bawang besar *
2 inci halia*
2 s/b serbuk kari ayam
1 s/k srbuk kunyit
2 s/k cili kisar / serbuk cili
Sedikit daun kari
Garam, gula

- kisar bhn bertanda * hingga lumat.
- dalm mangkuk besar campurkan semua bhn di atas dan msukkan ayam..
- gaul sebati dan perap  2jam atau semalaman..

Bhn2 tepung gorengan:

2 s/b tepung jagung
1 s/b tepung ubi
1 s/b tepung beras
1 s/k baking powder
Garam

- gaul semua bhn bersama ayam yg telah diperap..
- panaskan  minyak dan goreng sehingga rangup dgn api sederhana..




Sandwic Sardin Jerr....


Assalamualaikum wbt...ari ni breakfast dgn sandwich sardin je, rasanya dah lama tak buat..ye la, kadang2 kena layan selera kita jugak kan...hihihii

Sandwic sardin ni Liza rasa semua tau buat kan, simple je kan..rasanya anak2 kecik pun tau nak buat...tapi Liza nk tempek jugak kat sini utk rujukan anak2 Liza dan pada sesiapa yg baru nk berjinak2 kat dapur...



RESEPI SANDWIC SARDIN

Bhn2 sardin:

1 tin kecik sardin
3 ulas bwg merah*
1 ulas bwg pth*
2 s/b cili mesin @ lebih - terpulang
2 s/b air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Sdkt minyak utk menumis

- tumbuk bhn bertanda *
- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk td dan cili mesin.
- bila dh garing,masukkan air asam jawa
- biar hingga agak kering dan masukkan sardin bersama sosnya sekali.
- masukkan juga garam dan serbuk perasa seukupnya.
- angkat dan ketepikan..

Bhn2 sampingan :

Roti secukupnya - potong kulit tepi
Timun - potong dadu
Bwg besar - potong dadu
Lada merah - potong dadu ( optional )
Limau kasturi / nipis ( optional ) -perah sdkt dan ambil airnya.( sikit jer )
Mentega / marjerin - sapu pada roti.

Cara buat sandwic:
- lenyek ikan sardin dan masukkan bhn2 yg dipotong td.
- gaul sebati dan masukkan air limau dan gaul lg.
- ambil sekeping roti yg telah disapu mentega/ marjerin dan letakkan sardin di atasnya dan ambil sekeping lg roti dan letak di atasnya.
- dah pun siap utk dimamam...senangkan...

Thursday, January 2, 2014

Baked Macaroni n Cheese Again...


Assalamualaikum wbt...hari ni hari pertama sessi persekolahan bg tahun 2014...kemain suka lagi anak2 Liza pergi sekolah pg ni, bersemangat diaorang...cuma adik masih lagi bercuti sbb cikgu dia cakap kesian kat budak2, cuma sekolah 2 hari je..so, dia cakap Isnin ni baru tadika adik buka...tapi adik mmg tak sabar2 nk g sekolah, kesian dia srg2 je kat rumah..takde geng nk bergaduh..hihihi

 
 

Sebenarnya dah bnyak kali buat mac n cheese ni sbb anak2 mmg suka sangat...masih menggunakan resepi yg sama cuma lauk2 kat dalam tu Liza gunakan apa yg ada je la...


RESEPI MACARONI N CHEESE

Bhn2:

1 paket macaroni - rebus bersama sedikit garam dan toskan
3 s/b marjerin / mentega
3-4 s/b tepung gandum
4 cawan susu segar
4 keping cheddar cheese
4 batang sosej - potong kecil
2 keping chicken meatloaf - hiris kecil
1 tin chicken n muhroom soup - Liza guna Kimball
Garam, gula secukup rasa
1/2 s/b serbuk lada hitam
Mozarella cheese secukupnya
Serbuk roti secukupnya

- panaskan marjerin / mentega didalam periuk, tambahkan tepung gandum dan kacau sehingga tidak berbintil..masa ni guna api kecik ye..
- masukkan sosej, chicken meatloaf, susu segar dan sup Kimball, masak hingga didih dan kacau lagi utk pastikan tepung td tidak berbintil..
- bila dah mendidih, masukkan cheddar cheese dan biar hingga cheese cair..
- tambah serbuk lada hitam, garam n gula secukup rasa..pastikan rasa dulu sebelum letak garam ye sbb cheese n sup dah masin..
- bila semua dah sebati, tutup api..




Wednesday, January 1, 2014

Sambal Telur Sebiji.....



Assalamualaikum wbt....Selamat Tahun Baru 2014 Liza ucapkan pada semua..semoga tahun ini memberi kita seribu kejayaan di dunia n akhirat dan semoga thn ini akan menjadikan kita insan yg cemerlang di mata  Allah swt...Aamiin

Dah lama sgt rasanya tak masuk dapur ni..jadikanlah sambal telur ni sebagai pembuka kata dr Intai Dapur pada tahun 2014 ni...hihihi


RESEPI SAMBAL TELUR SEBIJI

Bhn2:

4 biji telur
5 biji bwg merah
2 biji bwg pth
5-6 s/b cili mesin
Garam
Gula n perasa

Minyak

-bwg merah n bwg pth ditumbuk
-panaskan minyak n tumis bwg yg ditumbuk td n cili mesin..
-biarkan sekejap hingga cili masak..
-masukkan garam,gula n perasa ikut selera msg2..
-pecahkan telur sebiji2 dan kecilkan api..
-jgn kacau dan biarkan telur msk sendiri..