Monday, January 6, 2014
Kek Marble Susu...
Kek marble susu hasil dok teropong kat dapur Rinnchan..tetiba je terasa nk makan kek simple cmni, kek ni memang sedap, lembut n lemak..terima kasih pada Rinnchan yg sudi berkongsi resepi sedap ni dr Chef Norzailina Nordin...
RESEPI KEK MARBLE SUSU
Bhn2:
250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour, Rinn gunakan Tepung Kek NONA
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulso
Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.
salam liza..wah nampak gebuss kek tu..ela pun suka jugak singgah umah kak rinchan hehheh...
ReplyDeletePernah dah buat kek ni. Mmg lembut dan gebu. Rasa pun sedap.
ReplyDeleteslm
ReplyDeleteaduh..nampak pun gebu, sure sedap
Kek ni dah jd marble keeper recipe saya. Dah 6 taun buat.
ReplyDelete