Tuesday, November 26, 2013
Burger Otak Otak...
Ni lah hasilnya burger otak otak yg Liza buat, terangkat habis..kalau sape yg nak buat popia otak2 pun boleh jugak dr resepi otak otak yg Liza buat hari tu..jom kita tgk
RESEPI OTAK OTAK TENGGIRI
Bhn2:3 keping ikan tenggiri atau ikan merah ~ diambil isinya sahaja dan dicincang halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 batang cili merah ~ dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering ~ direndam hingga lembut dan dikisar halus
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji buah keras ~ dikisar
1 cm halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 cm kunyit hidup ~ dikisar
175 ml pati santan
garam secukup rasa
1 kiub ikan ~ ita tambah- Liza tak letak
20 helai daun kelapa ~ ita gantikan dengan daun pisang
Lidi secukupnya
Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk
Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
Sudukan ramuan ke atas daun kelapa atau daun pisang
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya
Gril sehingga masak
Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi panas.
- Liza buat bentuk dgg burger, bulat2kan dan leperkan sikit..
Assalamualaikum...liza...wah sesuatu yg baru ni...mesti sdapkan...
ReplyDeleteBest ni nanti boleh try ,ada yang balut dengan kulit popia jadi popia otak2 terima kasih ye Liza kongsi rcp
ReplyDeleteRajinnya kak liza buat otak2..umi suka makan tapi tak rajin buat sendiri
ReplyDelete