Monday, October 21, 2013
Hash Potato....
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...memula tgk org buat hash brown ni ingatkan susah, lepas tu teringin la nk cuba buat sendiri...mmg berdebar sungguh, walaupun bhn2 dia cukup simple tp kalau tak kena tekniknya mmg boleh berterabur kentang ni dlm kuali...
Kat youtube pun macam2 cara dia org buat hash potato ni..so, pilih je la cara mana yg berkenan di hati...tapi resepi kali ni Liza dapat kat dapur Maisya, thnx ye..
RESEPI HASH POTATO
Bhn2:
2 biji kentang( lebih kurang 300g )
sedikit garam
Kentang dibasuh bersih-bersih kemudian baru dibuang kulitnya. Selepas dibuang kulit jangan bagi kena air( jangan bilas etc ).
Potong kentang dengan saiz yg bersesuaian agar senang nak masuk dlm food processor.- Liza guna pemarut biasa je
Ambil 1/3 dari kuantiti kentang dan masukkan dalam food processor. Kisar hingga halus.
Masukkan baki kentang dan juga sedikit garam. Kisar lagi tapi biar agak kasar, tak perlu sampai halus.
Ambik sedikit dan bentukkan mengikut kesukaan; nak buat bulat ke, 4 segi ke tak kisahlah. Kalau boleh masa nak bentukkan ni kita buat macam buat daging burger iaitu kepal dan baling-baling antara dua tangan supaya kentang tu mampat tak de ruang antaranya( boleh imagine ke macamana ? )
Masa Maisya buat haritu.. lepas kisar, kentang tu jadi agar berair so Maisya buang air tu sikit. Jangan tapis sampai kering plak...biar dia lembap-lembap sikit supaya senang melekat masa dibentuk.
Dah siap bentukkan, bolehlah digoreng dalam minyak yg panas ( api sederhana ). Goreng hingga warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak yg berlebihan. Bolehlah dimakan dengan sos/ mayonis.
Menarik ni, biasa mkn yg mekdi punya je selalu tak cukup gehe
ReplyDeletennt bolehlah try buat sendiri tina, senang je..
ReplyDeleteSalam kenal, aku Ian dari negeri seberang.
ReplyDeleteBolehkah saya gunakan tepung terigu dan goreng dalam mentega? Terima kasih