Wednesday, July 17, 2013

Pai Ayam Melbourne....




First time buat pai ayam ni, kes terliur dok tengok kat dapur Azie, mmg best..angah mmg suka la yg creamy cmni...Azie bgtau resepi ni dr penyanyi Nora yg comel lote lepas bertudung tu...



Terima kasih azie sbb sudi panjangkan resepi ni, Liza minta izin share kat sini pulak ye, thnx semua...tapi pai Liza tak cantik, almaklumlah kerastangan...hihihii

RESEPI PAI AYAM MELBOURNE

Bhn2:
Untuk inti pai (filling):
1 cawam isi ayam- hiris nipis
1 cawan cendawan butang- hiris nipis
1 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin (kecil) kacang pis
1 biji bawang besar- potong dadu 
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 sb lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

Untuk pastri :
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air

Saya guna:Liza pun guna pratha je..
Kulit roti pratha jenama kawan

Cara cara:
Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.

Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah.  Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan  ketepikan seketika.

Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu.  Bakar selama 5-6 minit. 

Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.

Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.

Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya.

Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.





4 comments:

  1. Sungguh memikat... daku terpikat!

    ReplyDelete
  2. ahaaa.. pernah buat resepi ni dulu.. mmg jadi kesukaan anak2lah juadah savoury gini.. siap mintak buatkan lagi.. ibu dia yg ckp.. benda yg sedap2 tak boleh buat selalu.. hihiihi...

    ReplyDelete
  3. sedapnya...rajin dengan tidak nak buatkannya kan..kan..

    ReplyDelete
  4. salam singgah..sedap nye pai ayam. tq share dan polow saya. DOne folow sini juga.

    ReplyDelete