Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...sempena hari bapa hari tu, Liza buat cheese tart ni je, angah cakap asyik kek je, angah dah boring...apa2 aje la, janji semua org happy kan..hiihihi
Kali ni Liza buat adunan crust dgn filling cream cheese ikut resepi dr dapur Anna, thnx ye Anna, semoga murah rezeki..tp Liza buat tak cantik sbb filling cheese tu tak penuh, almaklumlah buatnya bertahun2 sekali...hihihii
RESEPI CHEESE TART
Bhn2 crust:
- 250g mentega Buttercup
- 120g gula ising
- 2 biji telur gred B
- 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg
- Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
- Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
- Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
- Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
- Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
- Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
- *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
- *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
- Simpan crust dalam bekas kedap udara.
- ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
- Pastikan acuan tidak basah.
CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor / gula halus
- 1 biji telur Saiz B
- ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya.
- Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC.
- Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
assalamualaikum liza...
ReplyDeletenani pun penah wat cistat... tapi sebijik pun mr mama taknak rasa.. dia tak minat langsung kalau jenis2 ni.. hahahaha.. tapi takper.. anak2 suka sangat... kalau mr mama nani tu, buat apam pokodot dia suka lah..
Saya ni asyik plan nak buat tart tapi sampai sekarang plan tinggal plan je...
ReplyDeletekalau kt rmh ni baru cdg nk buat cheese tart...dh riuh suruh buat jam2 tu jugak...
ReplyDeletetp dah lama buat...
specialnya sambutan hari bapa tuh...
ReplyDeletedari dulu plan tak menjadi saja..
salam kak liza..
ReplyDeletewah, chez tat la..em, nampak menggoda sungguh chez tat yang comel tu..