Friday, April 12, 2013

Bun Salad Kentang...



Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua di hari Jumaat yg cerah ni, semoga segala apa yg kita lakukan mendapat keredhaan olehNya..ye la kan, hari Jumaat ni kan penghulu bg semua hari, dan pastinya kita akan mendapat keberkatan yg berlipat ganda atas segala kebaikan yg kita lakukan...insyaallah

Berbalik pada bun atau roti salad ni kan, Liza dapat idea ni dr buku Jom Berjimat Menyediakan Roti dr Norhayani Mohd Nor...dlm buku ni mcm2 idea utk buat roti yg ada dan ditunjukkan cara2 buat dia sekali, mmg berbaloi beli, harga pun murah je...


RESEPI BUN SALAD KENTANG

Bhn2 Roti :8 biji

300gm tepung roti
30 gm gula
2 s/b susu tepung
1/2 s/k garam
1 s/k yis
150 gm air
1 s/k bread improver -  Liza tambah
1 biji telur - kocok
40 gm water roux - klik SINI
30 gm mentega

- masukkan bhn2 cecair diikuti dgn bhn2 kering ke dlm Bread Machine dan pilih menu bread dough, tunggu hingga siap..
- sementara tu boleh sediakan salad kentang..

Bhn2 Salad Kentang:

1 biji kentang besar / 2 biji- kupas kulit dan potong dadu.
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 s/b mayonis
Garam dan serbuk lada sulah
2 btg sosej - hiris halus
1/2 btg carrot - potong halus

- rebus kentang, sosej dan carrot hingga empuk.
- campurkan semua bhn dan gaul sebati, ketepikan..

Keluarkan doh dr mesin roti dan tumbuk untuk keluarkan angin, bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat2kan..biarkan selama 10 minit..
Ambil sebiji doh dan tekankan sedikit supaya menjadi leper.
Letakkan salad kentang diatas doh td dan biarkan roti kembang 2x ganda dpd saiz asal.
Sebelum dibakar, sapu permukaan roti dgn sedikit susu segar / telur.
Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit...


# Resepi asal buat bun bentuk bakul, terpulang la ye..#

1 comment: