Hari tu ternampak roti manis ni kat dapur Kak Yati terus teringin nak cuba sbb hubby mmg suka dgn roti yg bergula cmni...tak dapat g Jepun pun tak pe la, janji dpt mkn roti jepun kan...hihihi, resepi asal dr Gert...CMG dgn Kak Ummi pun dh buat roti yg gebu ni...
Utk menepati selera cik hubby yg suka mkn roti yg ada gula ni kan, Liza tabur la sdkt gula kasar kat atas roti tu...
Puas hati tgk cik hubby mkn, lepas satu, satu dia ambik...lepas ni akan ada ulangan roti ni, yang tu ..PASTI...hihihii
Liza mintak izin share resepi roti ni kat sini pulak ye, mintak halal...
RESEPI ROTI MANIS ALA JEPUN
Bhn2:
375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
- Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemaran atau seri kaya.
singgah sini nak tumpang makan roti ala jepun..ada lagi tak..he3..mmng sedapkan..
ReplyDeleteuiiiii kursemangat tengok roti tu, semuanya saiz XL eh? hi hi hi...sekarang ni memang angin meroti, rasa2 je nak makan roti panas...nanti boleh la cuba yang ini
ReplyDeleteSalam kak liza,
ReplyDeleteGebunya roti akak tu..lama tak meroti..amik resepi dulu ya
Assalamualaikum kak Liza...cumel plak akak potong siket bahgian atas roti tu..Simpan resipi dulu...
ReplyDeletesedapnyer nmpk roti akak... tun ni kan, mmg jenis pemalas nk wat water roux tu. hihi
ReplyDelete