Kalau buat mini pizza ni, biasa la kan, kompem request dr anak2....suka sgt diaorg dgn roti ni, mula2 roti tu diaorg habiskan,sosej dioarg simpan...last sekali baru habiskan sosej tu, bila tgk diaorg mkn rasa kelako la pulok...
Resepi ni Liza gunakan resepi yg pernah Liza gunakan dulu..jom kita tgk..
RESEPI MINI PIZZA
Bhn2:
200ml air
300g tepung roti
14g gula
3.5g garam
16g shortening
3g dry yeast
6g susu tepung
Topping:
- pizza cheese
- mini tomato - Liza gunakan sayur campur
- sosej
- sos tomato / sos pizza - Liza guna sos cili n mayonis
- telur untuk sapu pada roti
Cara-cara
- Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker.
Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
- Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian
bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit - Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
- Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
- Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan
dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.
Dah lama saya tak meroti...lama tak nampak entri baru awak, rindu pulak :)
ReplyDelete