Tuesday, April 3, 2012
Muffin Nestum dan Choc Rice...
Muffin ni sesuai sangat kalau buat bekpes sbb ada nestum....kenyang bebbb, dan anak2 gerenti suka sbb ada choc rice kat dlm tu...act anak2 Liza mmg tak boleh mkn nestum cmtu jer, so kena pandai2 lah sorokkan rasa nestum tu...(hahhaaha, kena tipu) ..
RESEPI MUFFIN NESTUM DAN CHOC RICE
Bhn2:
11/4 cawan tepung gandum
1 s/t baking powder
1/2 s/t garam
1/2 cawan gula - boleh kurangkan sikit
1 cawan nestum
1/2 cawan choc rice
1 cawan susu cair
1/4 cawan air
1/4 cawan minyak
1 biji telur - kocok sedikit
- panaskan oven 180C
- ayak tepung gandum dan baking powder.
- masukkan bhn2 kering ke dlm mangkuk .
- satukan susu cair, air, minyak dan telur dan tuangkan ke dlm bhn kering td.
- adun sebati perlahan2 dgn spatula .
- masukkan 3/4 adunan ke dlm acuan muffin dan bakar 20- 25 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment