Sunday, January 15, 2012

Apam Tepung Beras...

Assalamualaikum dan salam sayang semua....biasanya Liza buat apam salju yg tak pernah nak kembang tu, tp kali ni Liza cuba resepi apam yang lebih kurang jer bhn2 yg dia guna, cuma ada tambah eno jer, sbb tu dia kembang....so pada yg suka mkn apam yg kembang2 ni, blh la try resepi ni nnt....jgn perut yg kembang nnt sudah....hihihhihi



Resepi ni amik dr umah Iza , thnx yer Iza...Liza share kat sini pulak ...

RESEPI APAM TEPUNG BERAS

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
 
Caranya :
  • Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
  • Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  • Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  • Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.


Apam ni mmg lembut kejadian dia....anak2 Liza suka sangat mkn apam ni sbb dia kembang....macam2 kan...hihihihi





8 comments:

  1. Pagi2 kak ros datang intai dapur liza ni.Nak bawak balik 2 3 biji ya.

    ReplyDelete
  2. ENO memang boleh bagi kembang tepung, Amie sealu campurkan serbuk ENO kalau nak buat sotong atau udang goreng rangup.
    Cantik dah apamnya tu....Amie suka apam tepung beras dari dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  3. blh kak ros...jemput la ambik, sila jgn malu2...hihihihi

    ReplyDelete
  4. thnx amie...liza xtau pun grg tpg pun blh guna eno...thnx sekali lg yer...kalau suka nah, amik apam ni bawak balik....hihihihi

    ReplyDelete
  5. haaa... ni kes terbanyak masak nasi ke? he he he...
    cheq sue pernah dah jugak buat apam camni, guna nasi + t. beras tapi x masukkan eno...nantilah lain kali boleh cuba

    ReplyDelete
  6. Selamat petang Liza,Rahel suka mkn apam beras tapi dah lama tak buat..sedap sangat pekena secangkir teh o..

    ReplyDelete
  7. lama betul saya tak buat apam ni...saya suka apam ni sebab ada iras2 apam tapai nasi...sedapnya..lembut jek..:)

    ReplyDelete