Sunday, May 6, 2012

Muffin Chocolate Chips....

Amik resepi dr SINI, moh kita tgk resepi ye...


RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS

Bhn2:

1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko*(aku guna jenama van houten)
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar (aku just guna susu tepung bancuh dengan air je )
1 biji telur(dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips


cara:
dalam satu bekas besar.satukan bahan bertanda *.gaul sebati.pastu buat satu lubang kat tengah2.masukkan bahan lain.kacau guna senduk kayu secara kaup balik.tak payah kacau lama2.memang adunan muffin tak cair macam adunan kek.die memang berketul2.pastu masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh.bakar 20 min, suhu oven 180-200 degree celcius.



muffin memang mudah nak buat.tak payah guna mixer pon. hanya gaul guna senduk kayu.adunan die memang akan berketul-ketul2 sikit dan bukan cair dan smooth je seperti adunan kek.dulu2 aku buat muffin guna mixer,pukul perlahan lepas tu high speed.tapi muffin tak akan kembang cam merekah2 tu.die akan jadi bantat n tak naik macam muffin. so aku pon study la camne nak buat muffin yang betul.so..akhirnya aku dapat tau rahsia buat muffin.tak perlu guna mixer,hanya perlu gaul sebati guna senduk kayu dalam 4 - 5 kali gaul sahaja dan adunannya memang berketul-ketul. dan suhu oven perlu dalam 180-200 darjah celcius.oven perlu dipanaskan 20 min sebelum buat muffin ye:) so ni aku bagi resepi muffin yang asas.maksudnya dari resepi ni..korang boleh hasilkan muffin pelbagai rasa dan perisa.tak percaya??cubalah!!:)

18 comments:

mala said...

salam, montok-montok muffin! cantik naik dia ...

Qasey Honey said...

waduh kak Liza...kemain lg montok mufin coklat tu...nmpk sedap sgt tu...bg la 3 ketuiii kt kita...hihi...nk amik resepi ni yer...tq

Norzie hany said...

Salam kak Liza.
Nanti saya nak try la resepi ni.Tq berkongsi.

dZana said...

aslmkum liza.. cantik muffin liza.. boleh akk cuba nnti bila ada masa.. tq bkongsi tips

nOOrsha said...

wahh sedap tgk coklat muffin tu...wat comel2 gitu mesti senang bebudak nak makan kan :)

Anonymous said...

salam kak liza, comel2 muffin tu, suka tina tgk

tulah, muffin ni tak boleh over fold kan, nanti tak jadi, tapi tina tak sampai seru lg nak buat hehe

Anna Qawina said...

aslmkm..cantik naik jelok je mapin tuh..geram nak kaut..hehe

zila norazila said...

sedapnya...entah bila la kita nk buat mupin nie..rasa malas jew:)

quinnie said...

ooo gitu ye kak liza...tapi kalau kek coklat ni memang saya pun kadang2 malas nak kuar mixer guna hand whisk je..kekekke...

Mieza said...

Rajin liza ni buat mapin...sejak akhir2 ni akak jadi malas buat mapin..suka wat kek je sbb leh tuang gedebuk dalam 1 bekas je hhaaha..jgn ikut cara akak..hahaha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

senang cepat & mudah gituew
my peberet ni
osihii sou

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

senang cepat & mudah gituew
my peberet ni
osihii sou

Rohah said...

gebunya mupin dia, suke sesangat..tak cukup seketul sekali ngadap

NURUL AIN said...

wah.cantiknye muffin die.naik gebus gitu:))

Unknown said...

xde nak guna timbangan GRAM ka kak liza...

Unknown said...

xde nak guna timbangan GRAM ka kak liza...

Unknown said...

xde nak guna timbangan GRAM ka kak liza...

Unknown said...

Guna api atas bawah..atau bawah je dik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...