Assalamualaikum dan salam sayang buat semua....hari ni 090212 bersamaan 16 Rabiulawal 1433H, genaplah 38 tahun Liza dilahirkan....alhamdulillah, syukur sgt2 kerana masih diberi peluang utk bernafas dan berada di samping suami dan anak2 tercinta dan jugak teman2 yg selalu memberi dorongan....semoga Liza terus diberi kesihatan yg baik utk beribadah padaNya dan dipanjangkan umur utk menunaikan segala tanggungjawab yg terpikul...Aminnnnn
Ok lah,selama ni kan,Liza tak pernah pulak terfikir nasi blh dibuat roti...hari tu sajer la jalan2 kat dapur Ros Jintanmanis, so terjumpa lah resepi ni, nmpk menarik sbb Liza tgk kat MyR mmg ramai yg memuji kesedapan roti ni....nak tau jugak kan cmner la rasa roti yg ada nasi ni, so, Liza pun try la buat dan inilah hasilnya....
RESEPI ROTI NASI
Bhn2:
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.
2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).
4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).Liza letak inti kacang merah..
6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
Liza jalurkan dgn strawberry filling kat atas doh sblm dibakar...
7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.
8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.
- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.
Nota: Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80
ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu
dan air tu sedikit demi sedikit.
as-salam KAK Liza
ReplyDelete1st time dgr roti nasi ni..jarang org buat roti gunakan nasi..npk gebu roti tu kak Liza...
wslam ady...mmg gebu roti tu ady...sedap n lembut...cubalah
ReplyDeleteAs salam liza....
ReplyDeletehari ni barulah ucu nk wish...HAPPY BIRTHDAY LIZA...
SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DIDUNIA N AKHIRAT.....
rupenya kita ni cuma beza 12 bulan aje ye...
ucu nk try la buat...
Happy birthday Liza, moga apa yg Liza hajati tercapai, amin.
ReplyDeleteWah, lawan tokeh ni, akak belum pernah buat roti nasi. sdp ke?
happy birthday...bertambah lagi usia untuk mengecapi hidup yg indah ini..hehe wahhh sedapnyer nampak roti nie...memang xpenah buat lagi so next time ley try lak...
ReplyDeletehappy birthday kak liza, moga lebih sihat, kaya & berjaya
ReplyDeletetina ada nampak resepi ni kat rumah noorsha, tapi rasa dia buat bentuk biasa je, nanti ada balance nasi boleh lah try
wah sedapppp!!
ReplyDeletedah 2 weeks x meroti ni
last buat donut moyo hari tue ngeee
wslam ucu...terima kaseh atas ingatan tu...
ReplyDeletemmg ucu kena try roti ni, sedap...gerenti xnyesal la...
tq kak zana...roti ni mmg sedap, xterasa pun ke'nasi'an dia tu...ekekkeke
ReplyDeleteCekgu Maz...terima kaseh atas ucapan tu...really appreciate
ReplyDeletethanx Tina...Aminnn
ReplyDeleteroti ni mmg akk syorkan utk cuba...sedap dan lembut..
ayu...dh lama sgt xmeroti tu, nnt blh la start balik...hihihihi
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletehepi bufday..
hari istimewa, menu pun istimewa juga...
aduh hai sedapnya...
selamat hari lahir liza... wp dah ter;ewat beri ucapan..
ReplyDelete