Sunday, November 13, 2011

Muffin Aneka Coklat....


Salam semua, semoga sihat2 hendaknya yer....hari ni Liza nk share resepi muffin yg marbeles la dr Yani kat MyR....tp Liza ubahsuai sikit2 ikut apa yg ada kat umah ni....muffin ni mmg best sgt2 dgn rasa kecoklatan yg mengasyikkan....perggghhhh


Malas nk bebel pjg2, jom kita tgk resepinya ya....


RESEPI MUFFIN ANEKA COKLAT

Bhn2:
    • 200g coklat masakan
    • 70g mentega
    • 2 biji telur
    • 50g gula halus
    • 60g tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit. - Liza isikan dgn coklat kit kat dan coklat2 lain di atas adunan..
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Mmg sedap sangat muffin ni....penuh dgn rasa coklat....anak suka, ibu paaaaasti setuju....hihihhi

12 comments:

  1. cheq sue pernah cuba resepi ni, memang jadi elok masa bakar tu, membulat aje kembangnya. sekali bila keluar oven, kelepet semua jadi cam cookies. 2 kali buat jadi camtu, terus takut nak cuba

    ReplyDelete
  2. Salam Liza...kalau dah isi dengan kit kat tu kompom sedap muffin ni..terasa je kit kat tu kat mulut ni..liza buat mieza terliur je dear! Dah lama mieza tak buat muffin..asek buat kek je sebab tetiba rasa malas nak scoop satu2 masuk cup muffin hahahaha bila penyakit M datang memang tak leh wat aper la liza...kalau mufin yg comel ada lagi mieza nak kenen seketul dua ye liza :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih liza.. sudi jengah blog saya

    ReplyDelete
  4. mat petang Liza
    tengok dari bhn2 pun dah agak yg mufin ni mesti rasa colat penuh..nyum nyum nyum.

    ReplyDelete
  5. yer ke cheq sue...liza buat ok jer setakat ni...

    ReplyDelete
  6. wslm mieza....kalau liza, liza prefer buat muffin sbb senang, xyah nak pukul2 telur tu....hiihhihi

    ReplyDelete
  7. mmg best la rahel...jom la join sekali...

    ReplyDelete
  8. Assalam Liza, mesti sedap banget muffin ni penuh rasa kecoklatannya, susah tentu anak2 suka ni

    ReplyDelete
  9. salam liza..ada aneka muffin..sedapnye bak seketui

    ReplyDelete
  10. lagi la bertambah sedap muffin yg sememangnya sedap tu bila ada coklat2 gitu :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum liza,

    terima kasih ya sudi bertandang kerumah kak Nur dan salam perkenalan dari kak Nur juga.

    Dh lama kak nur tk makan muffin apa lagi nk membuatnya....hehe...

    ReplyDelete