Pertama kali buat dan makan, kulit popia tu dah lama Liza beli tapi baru sekarang terbuka hati nak cuba buat dan rasa...sebenarnya takut tak dapat sambutan dr ahli kat rumah ni..hihi
Rupa2nya bila buat, tak habis2 diaorang dok puji sedap,masa tu rasa ruginya tak buat awal2,hihii
Sos tu Liza guna yg readymade dipping sauce thai je ( sbb takut tak dpt sambutan kan), at least takde la rasa kecewa sgt kalau diaorang tak makan pun,hihi
Disebabkan ahli dlm rumah ni mmg suka dgn popia sihat ni, maka next time Liza akan cuba buat sos dia pulak
Terima kasih Zila utk resepi ni, cuma tang gulung tu Liza buat tak kemas lagi, practice makes perfect kan..
'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang' atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.
VIETNAMESE SPRING ROLL
Bhn2:
Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan
Caranya
- Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
- Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
- Sedia dihidang bersama sos pilihan.
Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'
Bhn2:
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.
Thank you for some other informative blog. Pictaram is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.
ReplyDelete