Assalamualaikum wbt...kisah kacang tanah rebus ni pun dah lama sebenarnya,hihii
Disebabkan tau fav bini dia kekacang cmni, maka setiap kali ari Jumaat hubby akan bawa balik kacang tanah rebus yg dia beli kat Masjid Sg Tua, mmg setiap ari Jumaat ada pakcik yg jual kacang rebus ni depan masjid tu..
Dan bila ternampak kacang tanah ni kat NSK, mula lah rasa gatal nk rebus sendiri. teringat masa kecik2 dulu sbb abah selalu tanam kacang ni kat belakang rumah..tapi kan masa tu tak pernah pun nak tgk macam mana arwah ma rebus kacang ni, yang tau masa tu makan je..sekarang ni bila nk rebus sendiri terpaksa lah tanya pakcik Google, hihii
Dan baru Liza tau rupanya lama betul nak rebus kacang ni ye, sebab tu la harga kacang tanah rebus ni mmg mahal sekarang,jadi jgn pertikaikan harga tu ye,hihihi
KACANG TANAH REBUS HOMEMADE
Bhn2
Kacang tanah secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit - utk bagi kaler kuning mcm yg dijual
Air secukupnya
- bersihkan kacang dan masukkan ke dlm PC ( Liza guna Noxxa )
- on kan button high pressure dan set kan masa
- Liza rebus ni selama 21/2 jam baru empuk
- kalau guna periuk biasa mungkin kena rebus 4 jam dan sentiasa kena tgk air ye
Puashati bila dapat makan kacang yg direbus sendiri..
I have added and shared your site to my internet based life records to send individuals back to your webpage since I am certain they will discover it incredibly supportive as well. Can you guess how much these celebrities are worth? Test your knowledge with Celebrity net worth.
ReplyDelete