Friday, April 28, 2017

Strawberry Marble Cheese Brownies..




Assalamualaikum wbt...brownies ni mmg sedap, Liza amik dr SINI..tq ye pada empunya resepi






RESEPI STRAWBERRY MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan2:

250gm mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B

1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB

1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:


1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.

2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.

4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies (saya tak guna, jadi memang susah saya nak keluarkan brownies).

6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.











Bahan2 lapisan cheese:


250g cream cheese - guna 300gm

1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:


1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
 
 2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.  *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya seperti gambar di bawah. Buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.- Liza guna strawberry filling utk lorek atas cheese

Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.













No comments:

Post a Comment