Wednesday, January 4, 2017

Serunding Daging Bread Roll....

 
 
 
Assalamualaikum wbt dan salam bertemu kembali..ada yg rindu kat Liza tak,hihihi.Rasanya masih tak terlambat lg utk Liza mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kan, semoga tahun ini mendatangkan berjuta kebaikan dlm hidup kita..Aamiin
 
 
Berbalik pada roti roll yg tgh viral ni, Liza pun tak nak lepaskan peluang utk cuba buat dan rasa...cuma Liza gunakan serunding daging dr Kg Laut, Klate menggantikan chicken floss sbb anak2 mmg tak makan chicken floss tu...mmg sedap dan nak buat pun bg Liza takde la susah mana pun...
 
Kita boleh gunakan mana2 resepi sweet bun ye,jom tgk ..
 
 
 
 
 



SERUNDING DAGING BREAD ROLL

Bhn2: ( Loyang 10x10)

350gm sweet bun dough
2 biji telur
Daun sup - potong kecil
2 biji lada merah - hiris nipis


Filling:

Serunding daging / chicken floss secukupnya
Mayonis secukupnya
Sdikit susu pekat









- bentukkan doh roti td mengikut bentuk Loyang 10x10 inci..
- sapu Loyang dgn sedkit butter dan masukkan doh yg telah dibentukkan td..
- biarkan kembang 2x ganda ..
- panaskan oven 180C selama 15 minit
- tuangkan telur yg telah dikocok ke atas doh dan tabur daun sup serta cili merah hiris.
- bakar 15  minit dgn api atas bawah dan 5 minit dgn api bawah sahaja..(rak tengah)
- keluarkan roti td dan sejukkan seketika, terbalikkan roti ( maknanya, yg bersalut telur tu di bahagian bawah ye)
- campur mayonis dan sedikit susu pekat dan sapu dia ats roti td..
- taburkan serunding daging / chicken floss dan gulung..
- sejukkan sebentar dlm petiais utk meudahkan roti td dipotong




No comments:

Post a Comment