Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu utk semua..kali ni Liza nk share cara buat sos spesel ni, mmg sedap dan senang nak buat...Liza pun lupa amik kt mana, terima kasih pada penyumbang resepi
Kalau burger ni pulak, bun tu blh gunakan mana2 resepi bun manis yg kita suka..macam yg ni Liza timbang 30gm setiap satu..
Patty chicken tu Liza campurkan ayam kisar dgn lada hitam, minyak, mixed herbs dan daun thyme cincang..gaul sebati n bulat2kan ikut saiz bun..
RESEPI SOUTHWEST SAUCE
Bhn2:
1 cawan mayonis
2 s/t jus limau/ lemon
1 s/t gula
1/2 s/t paprika
1/2 s/t cuka
1/2 s/t air
1/4 s/t garam
1/4 s/t garlic powder
1/4 s/t hot chilli powder
Secubit dried thyme
Secubit jintan putih
1 s/t daun parsley - cincang
- campur semua hingga sebati dan sejukkan dlm petiais...seeloknya semalaman sebelum digunakan.
No comments:
Post a Comment