Tuesday, September 13, 2016
Rendang Kacang Negeri Sembilan...
Bila tgk Kak Shiela asyik dok tayang rendang kacang ni, hati terpanggil utk mencuba...fuhhhh ayat, ni namanya ayat org meroyan sbb cuti takde g mana2...hihii
Sebenarnya Liza dh lama sgt tak makan telor ayam mcm yg K.Sheila bubuh dlm rendang tu, tapi disebabkan takde telur tu, Liza cuma masukkan brg dlm ayam dan tambah isi ayam sikit...senang je nk buat rupanya, tq kak
RENDANG KACANG NISMILAN ( N9)
Bhn2:
300gm kacang panjang - patah2 kan je
500gm isi perut ayam ( telur, hati, pedal & isi ayam) - potong kecil
500gm santan pekat
Segenggam cili padi*
2 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk tumis
Garam n gula secukup rasa
- tumbuk @ blend bhn bertanda *
- panaskan sedikit minyak dan tumis bhn tumbuk td dgn serai yg telah dititik hingga garing dan bau cili hilang..
- masukkan sedkit garam semasa proses menumis td utk mematikan rasa cili tu..
- bila dh garing, masukkan isi perut td dan grg sebentar hingga separuh masak..
- masukkan santan pekat dan asam keping ..
- bila dah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kacang panjang..
- perisakan dgn garam n gula
- kacau rata dan masak hingga sayur lembut.
- dah siapppp
No comments:
Post a Comment