Wednesday, August 3, 2016

Ketam Goreng Telur Masin / Salted Egg Crab...






Alhamdulillah selepas percubaan buat salted egg yolk chicken Berjaya dan digemari ramai, maka menyusul la pulak salted egg crab ni...ihhiih

Tima kasih ye Zila atas perkongsian resepi marbeles ni...



RESEPI KETAM GORENG TELUR MASIN

Bhn2:
 
  • 3 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng




 
 
cara
  1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
  2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  6. masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  7. kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.


No comments:

Post a Comment