Assalamualaikum wbt, bertemu lagi kita di hari ke 5 bulan Ramadan...semoga tahun ini memberikan lebih keberkatan pada kita semua, insyaallah...Aamiin
Menu ni dah lama Liza buat. gara2 terliur tgk kat fb tu dok lalu lalang kat wall kan..tapi kali ni Liza gunakan ikan siakap sbb setiap kali kalau ke kedai makan tomyam, msti lauk ni yg kitaorang order..jadi kali ni kita try buat sendiri pulak kan, lagi sedappppp
RESEPI SIAKAP KERABU MANGGA
Bahan-bahan utk ayam:
2 keping dada ayam - guna siakap
3 sudu besar kicap cair (manis dan masin) - xletak
2 sudu lada sulah
sedikit garam
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
minyak utk menggoreng
cara-cara
1- gaul ayam dgn garam, kicap dan lada sulah. Perap lebih kurang 30 minit.
2.Campurkan tepung gandum dan tepung jagung...gaul rata
3.Golekkan ayam di atas tepung, kemudian goreng hingga kekuningan. Tos dan Biarkan
Bahan utk sos:
1 botol sos plum
½ botol sos tiram jenama maggi (jgn guna jenama lain sebab lain rasa)
1 gelas air limau kasturi (tak ada kasturi boleh ganti limau nipis tp rasa tak kick lerr ... tang limau ni rasa ler nak masam setakat mana... jgn curah semua sekali )
cili padi - atas citarasa sendiri nak pedas mana - tumbuk kasar2
garam dan gula secukup rasa
2-3 tangkai daun ketumbar
cara-cara
campurkan semua sekali bahan itu kecuali daun ketumbar dan masak di atas api sederhana ..kacau hingga pekat, kalau agak pekat tambahkan sedikit air..sebab sos ni tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair ... bila dah nak serasi rasa, masukkan daun ketumbar dan tutup api. Siap.
Bahan Tabur atas ayam:
1-2 biji manga muda
daun ketumbar
4-5 ulas bawang merah
cili padi ikut citarasa
carrot
cara-cara
1-sagat/parut mangga dan carrot
2-hiris nipis bawang merah dan daun ketumbar
3-potong kecil2 cili padi
4- gaul semua bahan tu kemudian tabur di atas ayam yg di goreng tadi
5- tuang sos di atasnya
Resepi ni Liza amik dr rakan fb Kak Yam atau Mrsnor Wahid, tq kak...mmg marbeles sgt
entry masak-masak ni best,..at least ada gak idea nak masak ape hari ni
ReplyDeleteBulan puasa memang nak xari benda yg masam2. Tq kak liza bagi idea .. Banyak sangat dah resepi asyik save huu
ReplyDeleteXda buah pelam.. Betik blh kot
ReplyDelete