Monday, May 23, 2016

Kepak Ayam Madu Panggang ala Pasar Malam....



Assalamualaikum wbt...kepak ayam panggang ni Liza buat mlm td, gara2 yg beli ari tu tak puas anak2 makan..
Lagipun mmg dah lama tak buat, kali ni Liza cuba resepi dr Intan...resepi ni lebih kurang dgn resepi yg Liza pernah buat dulu , cuma tak letak sos tiram je...dua2 resepi mmg best, terpulang nak pilih yg mana..








RESEPI AYAM MADU PANGGANG ALA PASAR MALAM

Bhn2:


8 ketul kepak ayam

3-4 sudu makan serbuk cili

1-2 sudu makan gula merah 

2-3 sudu gula pasir (kebetulan saya tak ada madu tadi ... so ganti dengan gula)

1-2 sudu kecil serbuk lada hitamgaram secukup rasa

beberapa sudu air

sedikit minyak masak


CARA2 :

1. Basuh dan toskan kepak ayam.

2. Campurkan semua bahan2 kering. Bancuh dengan beberapa sudu air hingga menjadi pes yang pekat. Kebanyakan bahan ni sukatannya saya main agak2 je. So sesuaikan la secukup rasa ye.

3. Masukkan kepak ayam yang telah ditos. Gaul rata dan biarkan ia diperap seketika.

4. Panaskan ketuhar. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan titiskan sedikit minyak di atas ayam sebelum dipanggang.

5. Panggang selama 15 minit. Terbalikkan kepak ayam selepas 10 minit supaya ia masak dengan rata.

6. Kepak ayam madu panggang siap untuk dihidang.







1 comment:

  1. Thank you atas perkongsian ... Adik saya suka sgt dah la mahal giler kt pasar malam tu huwah. .

    Btw sudi sudi jeMput blog saya

    https://itsmirmira.blogspot.my

    ReplyDelete