Monday, January 18, 2016

Chewy Chocolate Chips Cookies ala Subway.....





Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...sekarang ni timbul pulak versi biskut yg chewy2 gitu kan...jadi Liza pun tak nak la lepaskan peluang utk merasa kehebatan biskut ni seperti yg diperkatakan...cari punya cari resepi yg paling simple, maka terjumpalah resepi ni ..



 
 
 
Nak buat biskut ni teramat lah senangnya,Liza pun godek2 bhn ni sebelum hantar kkk g sekolah ptg..pastu balik dr ambik angah terus bako..mmg teramat sng
 
Pastu yg paling best adunan biskut ni boleh buat awal dan simpan dlm fridge bhgn chiller..bila2 nak makan, keluarkan n bako je..senang kan
 
Apa pun rasa biskut ni tak la rangup macam biskut lain, ye la dah namanya chewy kan, lembut dan sedap...hihihii
Ari tu Liza cuma buat satu adunan, dapat dlm 36 keping biskut ni, lenkali boleh doublekan adunan n simpan dlm fridge je..


Tq Kak Ita kerana memanjangkan resepi cookies yg sedap ni..






RESEPI CHEWY CHOC CHIPS COOKIES ala SUBWAY

Bhn2: ( 36 keping biskut)

115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka


Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata







Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit

Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai -Liza bakar 15 minit je


3 comments: