Kebetulan skarang ni musim petai kan, jadi Liza ambil peluang ni utk buat petai jeruk sbb petai tgh murah...
Nak buat petai jeruk ni tak susah mana pun, tapi benda yg paling penting mestilah kena ada petai...hahaaha
Ok,jom kita tgk cara2nya ye..
- didihkan air secukupnya ddlm periuk.
- patahkan petai dalam 2 atau 3 bahagian, bukannya apa, kang btakut tak muat periuk pulak..( Liza patah guna tangan je, tak yah nak pisau2)
- masukkan petai td ke dlm air yg mendidih dalam 4-5 minit je, agak2 kulit petai dah lembut. angkat dan toskan..
- picit petai supaya isinya keluar ( bila kulit dah lembut, isi petai mmg senang akan keluar ye)- JANGAN buang selaput petai
- bila dah habis semuanya, masukkan ke dlm bekas..
- masukkan air masak yg telah digaul bersama sedikit garam.
- masukkan jugak cili api - kalau tak suka tak yah masuk ye
- pastu boleh terus simpan dlm peti ais..
- dah siappp
kenapa tak bole buang selaput petai
ReplyDelete