Siro Labu...
Siro labu ni rasanya sebelum puasa punya hal lagi ni, hihihi.
Kali ni nise tu agak tergelap sikit, maka jadilah macam dayang senandung..tapi rasanya tetap sedap..nasib baik, kan
Resepi dh banyak kali Liza ltk kat sini, dan kali ni pun Liza letakkan sekali lagi utk senang anak2 nak rujuk nanti..
RESEPI SIRO
LABU
Bhn2:
Sebiji
labu - potong dan rendam dgn air kapur
Daun pandan
secukupnya
Beberapa keping nise
Sedikit
gula
4 biji bunga cengkih
Alaskan daun pandan dalam periuk, masukkan labu yg
telah dipotong dan taburkan gula melaka (nise) dan sedikit gula serta
bunga cengkih. Rebus cmtu jer, nnt gula2 tu akan hancur dan empukkan labu tu. Tp
api jgn besar yer, nnt kang air dah kering tp labu tak empuk2
lagi..
No comments:
Post a Comment