Wednesday, July 1, 2015
Nasi Ayam Goreng @ Southern Yellow Chicken Rice....
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan utk semua yg beragama Islam..semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik dpd tahun2 sebelumnya, insyaallah...Aamiin
Dah lama sangat rasanya tak buat nasi ayam goreng ni, hmpir terlupa pulak pada nasi marbeles yg pernah pemes satu ketika dahulu...anak2 n hubby tak abis2 puji kesedapan nasi ni, nmpk tak, dah berapa lama Liza tak buat ...hihii
Resepi ni mmg senang sangat, tapi hasilnya memang wow..lauk pulak suka hati lah nak gandingkan dgn apa pun, cm kali ni Liza lebih suka buat ala2 nasi ayam, kuah sup n sambal je..Alhamdulillah cmni pun dah terover sedap...Liza cuma guna beras biasa je sbb basmathi dah abis stok...
Resepi kali ni Liza amik dr dapur Mamasya, kes terliur tgk mama tayang kat fb ari tu...tq ye mama
RESEPI NASI AYAM GORENG / SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE
Bhn2:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*
Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak
Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.
nota Dapurmamasya;
Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.
No comments:
Post a Comment